Skip to content

GEMA RAMADAN 2026: MERAYAKAN “SHARE THE JOY” DALAM KILAUAN SWAROVSKI

Kongsikan artikel ini

Sempena Ramadan 2026, Swarovski memperkenalkan Gema Ramadan Collection. Satu rangkaian eksklusif yang meraikan semangat “Share the Joy”, mengangkat nilai kebersamaan, kesyukuran dan keindahan momen yang dikongsi sepanjang bulan mulia ini. Diperkenalkan pada 25 Februari 2026, kempen ini menampilkan tiga personaliti Malaysia.  sebagai wajah yang mewakili interpretasi elegan dan  gaya moden wanita masa kini.

Gema Ramadan 2026

Koleksi Gema Ramadan menjadi nadi utama kempen tahun ini. Menggabungkan tradisi dan kemewahan kontemporari, ia tampil dengan siluet lembut yang beralun serta palet warna biru dan hijau ceria, disempurnakan dalam kemasan logam rona emas hangat. Rangkaian ini merangkumi rantai leher, gelang tangan, anting-anting dan cincin koktel yang menyerlahkan bentuk artistik Swarovski.

Lebih signifikan, koleksi ini dihasilkan menggunakan Swarovski ReCreated™ Crystals. Bahan inovatif yang menggunakan sekurang-kurangnya 40% sumber semula jadi yang lebih rendah berbanding kristal standard. Pendekatan ini menegaskan komitmen jenama terhadap kelestarian tanpa menjejaskan mutu ketukangan dan kilauan ikoniknya. Langkah ini memperlihatkan evolusi Swarovski sebagai jenama yang bukan sekadar mencipta keindahan, tetapi turut memikul tanggungjawab sosial dan alam sekitar.

Ikon Gaya Perayaan

Kempen ini turut menampilkan gaya perayaan melalui koleksi ikonik Swarovski yang lain. Mimi Lana menggayakan seleksi rona rose gold yang memancarkan glamor lembut, termasuk rantai Mesmera dan gelang Matrix yang dipadankan dengan anting-anting Constella bertatahkan batu “dancing stone”.

Sementara itu, Sharifah Rose memilih sentuhan rhodium yang lebih kontemporari daripada rantai Una Angelic strandage hingga gelang Matrix Tennis. Menghasilkan estetika moden yang sofistikated dan versatil untuk siang hingga malam.

Jam Tangan Swarovski: Sentuhan Akhir yang Mempesonakan

Tidak ketinggalan, rangkaian jam tangan Swarovski seperti Imber Bangle Watch, Dextera Octagon Watch dan Gema Watch menambah dimensi gaya yang lebih menyeluruh. Rekaan dihiasi ratusan kristal dengan sentuhan ketukangan Swiss, menjadikan setiap helaian masa sebagai aksesori pernyataan yang melengkapkan busana musim perayaan.

Sebagai pelengkap kempen, Swarovski Malaysia turut menawarkan promosi eksklusif Ramadan dari 5 hingga 22 Mac 2026. Termasuk set Sampul Raya dan Tealight Holders dengan pembelian minimum tertentu, selagi stok masih ada.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1895 di Austria, Swarovski terus dikenali sebagai “Masters of Light”. Melalui Gema Ramadan Collection 2026, jenama ini sekali lagi membuktikan bahawa cahaya bukan sekadar pantulan kristal, tetapi simbol kegembiraan yang dikongsi bersama.

Artikel Berkaitan: SWAROVSKI RAIKAN 130 TAHUN DENGAN SENTUHAN ELEGAN

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL

9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL

Bacaan Lanjut
6 ARTIS WANITA YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025

6 ARTIS WANITA YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26

EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI EDITORIAL EKSKLUSIF: AKHYAR RASHID & EYKA FARHANA SELAMAT BERGELAR SUAMI ISTERI

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID

EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID

Bacaan Lanjut
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025

SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH

Bacaan Lanjut