Skip to content

GUCCI GRIP LANCAR PROJEK KEDUA

Kongsikan artikel ini

Gucci Grip adalah jam tangan genderless yang dilancarkan oleh Alessandro Michele. Sumber idea jam tangan ringkas ini hadirnya daripada pita yang selalu digunakan oleh pemain sukan papan luncur. Sejajar dengan ketepatan itu nama Grip terpilih kerana ia terletak elok mengikat pergelangan tangan yang memakai.

Jika tahun lalu Gucci memilih untuk berkolaborasi dengan pemain sukan papan luncur. Kini fokusnya diarah kepada penggiat sukan jalanan pula. Michele menjemput mereka ini untuk berkongsi tentang cerita peribadi serta bagaimana mereka ini melihat dunia dalam visual tersendiri.

Paperboy Prince asal New York menyarungkan Gucci Grip sambil bermain bola keranjang

gucci grip

Cher Strauberry, pemuzik dan pemain sukan papan luncur di Los Angelles

Duo Duo memilih aktif bersukan papan luncur panjang

gucci grip

Non-Binary, Leo Barker

Jam tangan ini dirakam di kota-kota antarabangsa dan personaliti unik. Mereka yang bermain sukan jalan seperti bola keranjang, roller skate dan penari break-dance. melihatkan ia lebih bersifat street style, setiap gambar dirakam dengan momen yang bersahaja. Ada juga video pendek dimuat naik melalui aplikasi Reels.

Bagi meraikan lagi projek utama ini, Gucci mengambil inisiatif melancarkan tujuh rekaan jam tangan Gucci Grip di aplikasi mereka. Mereka yang berminat bisa mencuba jam tangan ini secara maya.

Gucci grip

Berlin-based, roller skater Sara Lancerio

Gucci Grip

Penari asal Paris, Sulian Rios

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM

BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM

Bacaan Lanjut

EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE

Bacaan Lanjut

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

Bacaan Lanjut