HARI IBU 2021, SOLUSI HADIAH DARI COACH
KASIH IBU KEPADA ANAK-ANAK TIADA TANDINGANNYA. RAIKAN IBUMU DENGAN ITEM-ITEM FESYEN COACH SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU MINGGU INI. AKSESORI PRAKTIKAL TERSEMAT ASPEK STYLISH BUAT IBU-IBU SUKA BERGAYA.

Menjelang sambutan Hari Ibu pada minggu ini, Coach lancarkan siri kempen bertema Hari Ibu yang menampilkan wajah rakan jenama Coach, seperti Jennifer Lopez, Kōki, Yang Zi, Paloma Elsesser, Ciara Wilson, dan Andie MacDowell.
Kempen ini memfokuskan kepada impak seorang ibu pada keluarga, yang bertindak sebagai tulang belakang keluarga dan kepentingan peranan seorang ibu dalam institusi kekeluargaan. Nilai kekeluargaan dibawa secara visual melalui penghasilan kempen Coach yang menyematkan kekeluargaan dan kebersamaan, lebih-lebih lagi dalam kehidupan sekarang dala mengharungi cabaran terhebat pandemik Covid-19. Dalam kekusutan itu, Coach mahu meraikan kebersamaan dalam institusi kekeluargaan. Latar kempen juga mengetengahkan hubungan kasih antara ibu dan anak, yang mana Coach menggalakkan komuniti Coach untuk berkongsi mesej bermakna dan penghargaan buat ibu dalam hidup mereka.
Kempen Hari Ibu Coach menampilkan rangkaian beg tangan yang menggarap inspirasi dari arkib Coach, seperti beg Willis dan Ergo serta beg tote dalam corak Signature jacquard. Buat anak-anak lelaki yang buntu untuk mencari hadiah terbaik buat ibu, segera ke butik Coach untuk dapatkan item Coach khas Hari Ibu.
BEG SANDANG ERGO CORAK SIGNATURE JACQUARD

Rangkaian Ergo adalah sebahagian daripada The Coach Originals, koleksi yang meraikan legasi Coach dan keaslian warisan New York. Diolah semula, stail beg hobo menjadi tawaran utama dengan bersiluet ikonik Coach yang pernah diperkenalkan dahulu pada era ‘90-an. Tali beg yang boleh dilaraskan, memberi kemudahan buat ibu untuk membawanya mengikut kesesuaian. Ibumu pasti rasa bergaya pabil menyandangnya pada bahu atau menyilangnya untuk mengekspresikan jiwa muda.
BEG KANVAS BERSULAM

Untuk ibu-ibu yang sibuk dengan tugas harian. Made for working mom, untuk memudahkan keperluan dibawa dalam satu beg yang sama. Kemasan Coach Badge pada beg memberi efek stylish yang effortless. Stail versatil yang diperbuat daripada material kulit dan kanvas yang bersulam ‘playful garden’ menghangatkan lagi mood musim bunga. Ada dua cara yang boleh membawanya, jinjing atau silang sebagai crossbody.
BEG TANGAN WILLIS TOP HANDLE 18

Diolah untuk pasaran baharu, reka bentuk beg yang berstruktur tegap pastinya sesuai buat ibu untuk menjadikannya beg tangan harian. Siluetnya mengambil ilham dari siluet Coach yang pernah dilancarkan pada era ‘90-an. Material kulit yang lembut dan bermutu diserlahkan lagi dengan motif ‘playful garden’ menyuntik aspek kewanitaan. Gancu kunci pada beg tangan berfungsi untuk menutup beg dengan rapat. Made for the fashionable mom on the go.
DOMPET MINI WYN

Aksesori kecil punya impak yang tersendiri. Kecil dari aspek saiz, namun nilai seninya cukup tinggi pada motif floral yang ditampilkan. Dompet dalam reka bentuk sampul diperbuat daripada material kulit asli tekstur pebble. Dompet mini yang sempurna untuk menyimpan sebilangan kad dan tunai.
#CoachNY
Artikel berkaitan: KEBERSAMAAN DAN KESELESAAN GARAPAN LEVI’S RAMADAN 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
GL RAYA 2026: COACH SAMBUT MUSIM RAYA DENGAN KOLEKSI IKONIK
Coach hadir dengan koleksi penuh ikonik dan fesyen, istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang bulan ini.
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.











