IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
WHAT TO BUY THIS MONTH? SEMAK BEG BUNNY LOEWE YANG CUKUP ISTIMEWA PENCIPTAANNYA, LANGSUNG MENYUNTIK SEMANGAT TAHUN BARU YANG OPTIMIS DALAM PENAMPILAN.
LOEWE mengolah semula simpulan khas perayaan melalui koleksi beg, sedia pakai dan perhiasan yang dihiasi dengan telinga arnab ikonik LOEWE dedikasi menyambut Tahun Arnab.

Memiliki lebih 170 tahun kepakaran atelier dalam ketukangan kulit, beg Bunny LOEWE adalah reka bentuk klasik, yang telah diimaginasikan semula dan diberi sentuhan eksklusif untuk meraikan Tahun Arnab. Dengan ‘simpulan’ yang melambangkan hubungan manusia dan nasib baik di kalangan masyarakat Asia, pasukan artisan mencipta simpulan indah sebagai hiasan utama dan hadiah untuk ucapan sejahtera.
Tahun Arnab sebagai fokus utama…
Jadi, untuk meraikan Tahun Arnab, pada Januari ini, LOEWE menghormati tradisi budaya simpulan dalam koleksi kapsul baharu yang mengikat telinga arnab liut pada beg Arnab ikonik LOEWE, dan juga Basket, Hammock dan Pocket. Yang pelbagai reka bentuk dan fungsi.
Melengkapi koleksi aksesori terdapat juga rangkaian kemeja T dan baju sejuk dalam warna kapsul yang dihiasi dengan corak garis besar yang digunakan oleh atelier untuk mencipta telinga arnab bersimpul ini. Dan untuk menonjolkan petanda nasib dengan sempurna, beberapa kepingan perhiasan telah dipilih dengan teliti.


Perincian indah lagi bersifat playful, Bunny Dice turut ditawarkan dan beberapa lagi produk yang mengambil haiwan arnab sebagai inspirasi. Seperti rangkaian lilin dan set origami Bunny yang hadir dalam nuansa merah yang berseri-seri.
Pelakon & ikon fesyen Tang Wei tampil dalam kempen…
Koleksi tahun baru ini menampilkan pelakon Tang Wei yang meraikan bagaimana masa istimewa tahun ini dapat menyatukan semua termasuk keluarga. Dalam kempen video menyaksikannya membuka kotak besar dan mengeluarkan anak patung arnab yang besar dan lembut. Dan membawanya berjalan mengembara ke kawasan luar bandar China untuk bertemu kembali arnab kecil. Kempen tersebut turut disertakan dengan beberapa siri visual yang menyentuh emosi bersesuaian dengan ‘mood’ meraikan perayaan tersebut.
Artikel berkaitan: CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.











