Skip to content

IDENTITI BARU BURBERRY MUSIM BUNGA/PANAS 2020

Kongsikan artikel ini

Sejak pemilihannya selaku Ketua Pegawai Kreatif untuk Burberry pada Mac 2018, pereka Riccardo Tisci sudah merancang imej baru untuk jenama British itu. “Sejak beberapa musim kebelakangan ini lagi, saya telah berusaha untuk mendefinisikan identiti dan bahasa visual yang baru untuk rumah fesyen ini,” kongsi Riccardo Tisci. “Jadi kempen musim ini terasa bagaikan satu permulaan baru, dan saya mahu raikan kumpulan lelaki dan wanita yang mewakili Burberry – ada di antara mereka yang sudah lama menjadi sebahagian kerjaya saya, dan ada juga yang baru mengorak langkah dalam perjalanan Burberry mereka bersama saya. Secara berkumpulan, mereka berjaya menangkap sofistikasi dan attitude yang menjiwai rumah fesyen ini pada hari ini.”

Dari kiri: Kendall, Bella Hadid dan Gigi Hadid dalam kempen Burberry Musim Bunga/Panas 2020. Kredit: © Burberry/Inez and Vinoodh

Untuk merealisasikan visinya, Riccardo merekrut pasangan jurufoto fesyen dari Belanda yang cukup disegani, Inez dan Vinoodh, sebagai rakan kolaborasi kempen ini. Interpretasi Inez dan Vinoodh menghasilkan satu siri imej dan video yang bersih dan sofistikated, yang memadankan kod-kod klasik dan esentrik Burberry pada latar belakang rona beige signatur jenama.

Dari kiri: Kendall Jenner, Gigi Hadid dan Tosin Olajire dalam kempen Burberry Musim Bunga/Panas 2020. Kredit: © Burberry/Inez and Vinoodh

Wajah-wajah kempen merangkumi model-model tangga teratas seperti adik-beradik Bella dan Gigi Hadid, Kendal Jenner, Freja Beha Erichsen, dirakam bersama Benji Arvay, He Cong, Nozomu Ito, Reece Nelson, Tosin Olajire, Rianne van Rompaey dan Mona Tougaard.

“Saya rasakan bagai satu berkat dapat bekerja dengan Burberry,” akui model Reece Nelson. “There is always so much love and kindness dan Riccardo sering membuat saya tersenyum lebar, dia sememangnya seseorang yang wajar dihormati. Burberry punya peranan besar dalam fesyen hari ini. Bukan saja kerana rekaan original seperti kot trench yang semua sudah sedia maklum, tapi juga untuk look yang lebih sporty, with a remastered touch. Sebagai atlet, saya cukup gemar sportswear dan amat menakjubkan melihat bagaimana sportswear kini boleh diadaptasikan ke dalam gaya harian masa kini.”

Kempen Burberry Musim Bunga/Panas 2020 menampilkan model Benji Arvay, Nozomu Ito dan Reece Nelson. Kredit: © Burberry/Inez and Vinoodh

“Bagi saya, Burberry means light, the creative journey, freedom and passion,” luah model Benji Arwvay pula. “Burberry mewakili keinginan kreatif yang didorongi passion and progressBurberry is us.”

Kempen ini menyerlahkan item-item kunci koleksi Burberry Musim Bunga/Panas 2020 untuk lelaki mahupun wanita, khususnya pada tailoring, evening wear dan semestinya ikon jenama, kot trench. Tak lupa juga beg-beg signatur seperti The TB Bag dan Lola yang diilhamkan daripada pengasas rumah fesyen ini sendiri, Thomas Burberry.

 

kredit gambar: Burberry Spring/Summer 2020 Campaign © Ihsan Burberry / Inez and Vinoodh

 

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut

KENDALL JENNER DAN BAD BUNNY BINTANG DALAM KEMPEN BAHARU GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
SELEBRITI MENGHIDAP MASALAH KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA

SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA

Bacaan Lanjut
BUKTI PERCINTAAN BAD BUNNY & KENDALL JENNER TERSEBAR

BUKTI PERCINTAAN BAD BUNNY & KENDALL JENNER TERSEBAR

Bacaan Lanjut
BUKTI PERCINTAAN BAD BUNNY & KENDALL JENNER TERSEBAR

BAD BUNNY & KENDALL JENNER DILAPOR BERCINTA, PEMINAT LUAH RASA KECEWA

Bacaan Lanjut