Skip to content

gg denim

GG DENIM DI GUCCI MENJADI KOLEKSI ESSENTIAL

Kongsikan artikel ini

Di dalam gerobok fesyen kamu pasti akan ada sehelai denim jaket dan seluar. Kerana denim adalah satu fabrik yang wajib ada. Saya secara peribadi, bukanlah peminat denim. Tapi masih ada juga sehelai dua selaur dan sepasang jaket denim yang elok rekaannya. Kita memang tidak boleh lari dari item klasik ini. Maka, Gucci juga menyahut nilai klasik ini dengan melancarkan koleksi GG Denim mereka. Bagi menaikkan lagi sensasi gaya, Gucci memasukkan corak GG ikonik pada koleksi denim mereka.

gg denim

Koleksi ini bakal dijadikan item asas untuk setiap musim buat himpunan Epilogue. Kali ini, denim di Gucci menggunakan fabrik jacquard bersama kapas yang diberi teknik organik pada penghasilannya. Selain itu juga terpancar nilai kemasan vintaj pada ceraian, selari dengan gaya Alessandro Michele. Juga, pasukan Gucci memberi teknik kain yang lebih tahan lasak dan kotoran pada denim mereka.

gg denim

Bercerita sedikit tentang penghasilan denim ini, Gucci menggunakan 100% fabrik kapas dan coraknya pula digunakan teknik tenunan jacquard. Palet klasik indigo sebagai asas ronanya dan digabungkan bersama benang putih. Untuk mencapai gaya retro, setiap itemnya dicelup dan diberi kesan aged. Taruhan buat koleksi debut ini, Gucci selitkan cita rasa fesyen 80-an. Ada jaket berlengan blouson dan selaur denim yang potongan flare. Tambahkan juga bersama topi bucket atau kasut tenis untuk gaya lebih retro.

 

PAUTAN BERKENAAN: LIMA PELAKON BAHARU SUKA BERFESYEN

 

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam lelaki lee jeans

SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE

Bacaan Lanjut

8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI

Bacaan Lanjut

TERGEMPAR: SABATO DE SARNO SIGNING OFF DARI GUCCI

Bacaan Lanjut

GEORGE MCKAY WAJAH KEMPEN TERBARU GUCCI

Bacaan Lanjut

CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024

Bacaan Lanjut

CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®

Bacaan Lanjut