JIMMY CHOO KINI KEPUNYAAN MICHAEL KORS
Dunia fesyen digemparkan dengan berita pembelian jenama mewah Jimmy Choo dengan harga AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion). Sekitar tahun lalu, Jimmy Choo, yang terkenal dengan jenama kasut dan aksesori stiletto, meletakkan jenamanya untuk dijual pada April lalu kerana majoriti pelabur JAB akan meningkatkan fokus kepada barangan pengguna.
Di dalam terma perjanjian yang dimaterai, Michael Kors akan membayar 230 pence secara tunai untuk setiap saham Jimmy Choo – iaitu jumlah premium 36.5 peratus daripada harga sahamnya sebelum proses penjualan diumumkan. Pembelian ini berikutan krisis Michael Kors yang dikatakan sedang bergelut dengan penurunan jualan pada suku awal tahun ini.
Berdasarkan laporan NYTimes, khabarnya banyak jenama mewah termasuk Michael Kors mengalami penurusan jualan pada awal tahun ini, berikutan trend masa kini menunjukkan pengguna telah berlaih kepada pembelian secara dalam talian seperti Amazon, jenama fesyen yang lebih ringkas seperti H&M dan juga Zara.
Michael Kors yang diasaskan sejak 1981 dan berpusat di New York, kini dalam perancangan mengeluarkan produk pakaian untuk lelaki dan perempuan serta melabur dalam perniagaan atas talian.
Sumber: Awani / MyNewsHub
Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Julai 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
KLFW 2025 hadir dengan penuh penantian. Penghargaan buat pereka-pereka lagenda serta pentas permulaan buat pereka baharu dunia fesyen.
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian. Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone…
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Wajah Glenn Yong seringkali dilihat ketika musim minggu fesyen dan gaya fashion week Glenn Yong menjadi pelengkap wajah kacaknya.