Skip to content

KAPSUL SEPATU & BEG MENAWAN DARI PEDRO SEMPENA RAMADAN 2018

Kongsikan artikel ini

Tercari-cari kasut dan beg untuk melengkapi gaya Raya kelak? Jenama Pedro tidak ketinggalan meraikan kemeriahan sambutan bulan penuh keberkatan ini dengan kapsul koleksi sepatu dan beg menawan khas untuk wanita dan sudah pasti untuk lelaki juga, yang diberi nama The Ramadan Collection.

Untuk si jejaka di luar sana, sudah pasti anda ingin tampak segak di pagi Raya, bukan? Apa kata anda menyarung kasut dari koleksi Pedro ini yang datang dengan reka bentuk menawan, tajam lagi elegan. Memenuhi tuntutan beraya di kota mahupun di desa. Antara item utama yang menarik minat kami adalah moccasin kulit, slider bertali, loafers dan semestinya aneka desain sniker yang menjadi item wajib-milik musim ini. Tak lupa juga seleksi beg duffel kontemporari untuk perjalanan balik kampung mahupun clutch segak sebagai teman kala ziarah-menziarahi.

Selain keanggunan dan kepekatan palet, variasi warna juga boleh dilihat menerusi perincian jalur dan fabrik bertekstur aneka tona, ibarat menjiwai kegembiraan di musim perayaan kelak.

5 of 25

The Ramadan Collection oleh Pedro

5 of 25

The Ramadan Collection oleh Pedro

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut
SANDALS

10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024

Bacaan Lanjut

RIMOWA ORIGINAL BAG SEBAGAI PENEMAN SETIA GAYA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
Piquadro

PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI

Bacaan Lanjut
Rutin Penjagaan Kulit

4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA

Bacaan Lanjut