Skip to content

KEMBARA PLAYFUL SUMMER BERSAMA GUESS KIDS

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Koleksi GUESS Kids Musim Panas 2023

Musim panas cukup sinonim dengan mainan cetak floral yang feminin. Koleksi kanak-kanak perempuan kali ini menghadirkan seleksi pakaian yang menggunakan motif bunga-bunga yang ceria dalam variasi warna. Padanan kemeja dan seluar bermotif ini juga sesuai untuk digayakan ketika aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Juga mainan material renda yang cukup elegan buat kanak-kanak perempuan ke parti hari jadi mahupun majlis istimewa lebih formal.

guess kids

Koleksi untuk bayi dan si cilik pula membiaskan eleman musim panas yang comel dan panca warna. Inspirasi musim ini membiaskan motif alam semula jadi dan sisi tropikal yang boleh digayakan ke destinasi percutian musim panas seperti pulau peranginan. Si cilik pasti bergaya penuh keceriaan untuk memulakan pengembaraan musim panas bersama seisi keluarga nanti.

guess baby

Koleksi bergaya terbaharu untuk kanak-kanak dan si cilik ini boleh didapati di butik fizikal GUESS Kids serta stor atas talian di sini.

 

Foto: GUESS Kids Malaysia

Baca lebih lanjut: TEROKAI DUNIA ‘ASTEROID CITY’ OLEH WES ANDERSON DI AIRBNB

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

guess kids Malaysia

WEEKEND GETAWAY BERSAMA ANZALNA NASIR, BELLA ASTILLAH DAN GUESS KIDS

Bacaan Lanjut

GUESS UOMO, WANGIAN BUAT LELAKI MASKULIN YANG KLASIK

Bacaan Lanjut