Skip to content

KEMPEN BULGARI SUMMER 2021, TERINSPIRASI DARI ROM

Kongsikan artikel ini

AMATI VISUAL KEMPEN BULGARI UNTUK MUSIM PANAS 2021 YANG TERINSPIRASI DARI ROM. TURUT SAMA MENYUNTIK INSPIRASI UNTUK KOLEKSI MUSIM BARU YANG MEMBAWA CITRA BERANI DARI SERI TERBARU YANG BERJIWA PEMBERONTAK.

 

Menyelusuri perjalanan baharu yang cenderung ke arah kecemerlangan dan keindahan, Bulgari melancarkan musim penuh harapan dan bertekad untuk masa depan yang pasti melalui kempen musim panas 2021. 

Sekali lagi terinspirasi dari Rom, tunjang kreatif jenama mewah ini. Cahaya hangat Eternal City, pancaran cahaya yang mengasyikkan dan memegahkan keabadian menyuntik inspirasi dedikasi musim ini. 

Merayakan hidup, cahaya dan kegembiraan yang dilatari kemegahan Rom yang abadi, juga penghormatan pada penginovasian, visi berani dan masa depan yang cemerlang menanti. Memaparkan kembara musim panas yang penuh dengan impian baru dan tenaga yang menyala. Dihasilkan oleh pasangan artistik, Bruno dan Nico Van Mossevelde, visual kempen musim panas Bulgari memberi imaginasi di luar ruang dan waktu, yang mana pancaran cahaya membentuk keindahan dan menyelitkan sentuhan agung. 

Diilhamkan oleh Rom, suasana bagai mimpi menafsirkan elemen-elemen ikonik di kota tersebut secara nyata. Ruang langit yang luas, cahaya keemasan yang unik dan berlatarkan seni bina Rom, lalu menyatu menjadi imej kempen yang mengangkat keagungan alam dan punya kuasa tarikan yang kuat. 

Rekaan Bulgari mencuri perhatian kerena keunikannya, turut menjulang keperibadian dan individualistik oleh penampilan model yang berbeza atau sebagai bintang kempen yang eksklusif. Latar belakang berwarna putih yang memaparkan logo BULGARI- merepresentasi perhiasan Rom yang tiada tandingan. 

Cahaya di Rom menyimbah megah pada setiap waktu. Cahaya suci pagi, kilauan cerah pada waktu tengah hari yang hangat dan warna kuning muda, warna seakan keemasan pula terpancar sebelum matahari terbenam. Dalam jangka masa yang istimewa pabila semuanya terlihat suatu kemungkinan. 

Cahaya juga mempunyai makna yang tersirat. Falsafah Bulgari seringnya mengenai Rom, keagungan kota tersebut telah mengilhami pereka barang kemas untuk mencipta kesempurnaan seni, pada masa yang sama menikmati pengalaman “joy of making” melalui setiap penciptaan yang sungguh menakjubkan. 

Merangkumi barang kemas sehingga rangkaian jam tangan, juga aksesori kulit antara yang ditampilkan dalam penghasilan kempen. Sekali gus, mencadangkan rekaan mesti miliki dari koleksi terbaru yang paling ikonik Bulgari. 

Cincin B.zero1 terus megah dengan reka bentuk baru, sementara perhiasan BULGARI BULGARI yang ikonik sekali lagi mencedok inspirasi dari keabadian Rom. Jam tangan Serpenti Spiga dan Serpenti Tubogas menegapkan kekuatan, serta keberanian terkemas dalam rancangan yang mengagungkan keperibadian unik lelaki dan perempuan. Keseluruhannya membawa citra berani serta urban dari seri terbaru yang berjiwa pemberontak. 

#BULGARI

Artikel berkaitan: BURBERRY TB SUMMER MONOGRAM, SEMARAK GAYA MUSIM PANAS

 

 

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

Bacaan Lanjut

CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®

Bacaan Lanjut
tod's melium group

TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN

Bacaan Lanjut

ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut