KOLEKSI MUSIM BUNGA / PANAS GIUSEPPE ZANOTTI 2019 PECAH TRADISI DENGAN KEUNIKKAN TERSENDIRI
Sepatu mahupun kasut disarung indah sewaktu melangkah menjadi idaman semua, tidak terkecuali buat kaum lelaki sendiri. Apatah lagi jika kasut yang digayakan cukup sesuai dikenakan walau dimana-mana resepsi mahupun situasi. Yang pasti, sudah tentu anda ingin tampil menonjol di kalangan sahabat dan taulan anda bukan? Cadangan kami, jom sarung seleksi kasut istimewa dari koleksi musim Bunga / Panas 2019 Giuseppe Zanotti yang mengagumkan!
1. G Bubble
Diperbuat dari sued hitam yang lembut, loafers bergaya ini turut dihiasi dengan kristal serta perincian kontras besar perkataan "Bam" yang mengujakan!
2. Anton
Turut diperbuat dari sued hitam yang lembut lagi selesa, loafers bergaya ini dihiasi dengan kristal dan manik yang menyerlahkan identiti kasut ini, khas buat mereka yang ingin menonjol.
3. Gardon Flash
Diperbuat dari kulit matte nappa berwarna hitam, loafers penuh gaya ini dihias indah dengan hiasan logam di sekeliling pergelangan kaki beserta rod kilat yang terkenal dek identitinya yang tersendiri.
Koleksi sepatu lelaki Giuseppe Zanotti ini tampil berbeza, memecahkan keterbatasan dan tradisi serta pendekatan lazim bermusim dengan gaya santai dari urban ke pantai, musim panas ke musim sejuk, mempersona dengan ilusi moden, elektrik dan versatil. Hasilnya, terserlah identiti tersendiri rekaan semula jenama ini, ibarat menghasilkan satu perspektif baru dalam kehidupan. Keselesaan dalam bergaya, inilah koleksi yang paling ideal untuk anda.
Sneakers Universe
Ketiadaan bermusim menjadi inovatif identiti terbaru sepatu dari Giuseppe Zanotti. Kasut dengan rupa seakan belum sempurna keseluruhannya, kesan warna dan material tertekan disusun tanpa urutan yang jelas, menyerlahkan keunikkannya.
Kulit dan fabrik teknikal dibentuk dengan logam yang digunakan untuk sulaman tiga dimensi serta denim, jute, kanvas dan bulu menghasilkan gabungan idea-idea yang tidak dijangka.
Sneaker Light Jump diperbarui dengan mesh anjal berwarna dan kesan tiga dimensi yang jelas diaplkasi atas material yang digunakan.
Urchin
"Urchin" - koleksi sneaker dan sandal baru dari Giuseppe Zanotti yang inovatif direka bagi mengiringi jiwa pemberontakan generasi akan datang dalam kotaraya kinetik yang sibuk dan bingit. Sesuai dengan atitud remaja yang berani dan tidak gentar pada sebarang cabaran, namun masih ingin bergaya, sneaker dan sandal ini menonjol dengan spiny tunggal yang dibuat istimewa memantulkan identiti tersendiri pencipta serta pemakainya.
"Tenaga dan nadi sesuatu bandar sentiasa menjadi inspirasi saya," kata Giuseppe Zanotti. "Sama ada Tokyo, Shanghai atau New York, perkara umum yang sering kali menjadi perhatian saya adalah dinamisme tanpa bersempadan serta sikap kebebasan yang menyerlah dalam jiwa. The "Urchin" merangkum pemikiran vitaliti dan minda tidak sengaja. "
Bermula dengan satu-satunya sneaker unggul yang tersendiri - ringan, material teknikal yang dipotong dalam skala 3D, "Urchin" secara literal pasti akan menonjol dalam kesibukan orang ramai. Atas neoprena yang super fleksibel, menampilkan trim kontras grafik dan lateral dua zip dibina semula – sesuai dengan perkakasan ikonik Giuseppe Zanotti. Ditenun menerusi zip adalah tali kasut, mewujudkan helah mata yang tidak dijangka malah cukup menarik perhatian mata yang memandang.
Menyalurkan fungsi dan stail klasik buat pengemar aktiviti trek serta lasak, sandal uniseks street-ready ini seakan satu kenyataan menyerlahkan sisi fesyen dan gaya anda melalui warna-warna yang terang serta perincian kontra yang tinggi, memastikan anda selesa dalam setiap langkah!
"Saya mahu mencipta kasut yang hibrid yang mampu menyerlah gaya dan fungsi serta menggabungkan semua kod jenama kami dengan cara yang moden dan terkini. Dengan koleksi Trekking Urchin, kami telah mencapai satu had yang baru, secara figura mahupun literal. " jelas Giuseppe Zanotti.
KOLEKSI MUSIM BUNGA / PANAS GIUSEPPE ZANOTTI 2019