HAINAN AIRLINES BAWA FESYEN TERBANG KE UDARA
Fashion takes flight! Pakaian seragam dengan identiti tersendiri membezakan penjenamaan setiap satu syarikat penerbangan. Yang pasti, kita sudah melihat setiap krew penerbangan memakai pakaian seragam tersendiri namun berbeza pula dengan sebuah syarikat penerbangan dari China ini Ya, krew penerbangan kini tampak lebih bergaya apabila Hainan Airlines memperkenalkan seragam yang cantik untuk dipakai oleh krew kabin sepanjang berada di atas udara.
Ibarat berjalan dalam pesawat dari pentas peragaan, pakaian seragam ini telah diiperkenalkan di Paris sewaktu Minggu Couture Musim Luruh / Musim Sejuk 2017 dan direka secara eksklusifoleh pereka terkenal, Laurence Xu yang menggabungkan sentuhan Timur dan Barat. Pakaian seragam ini dilihat mengabungkan rekaan Cheongsam, pakaian tradisional Cina untuk wanita dan dilengkapi dengan sut gaya Barat. Seragam terkini ini masih mengekalkan warna rasmi syarikat iaitu warna kelabu dan diserikan dengan corak abstrak bermotif awan, gunung dan lautan dengan padanan warna biru dan putih.
Menurut syarikat penerbangan itu, kali terakhir syarikat penerbangan itu menukar rekaan pakaian krew kabin adalah pada tahun 2010. Jelas mereka lagi, penggunaan corak baru mencerminkan pesawat Hainan yang menampilkan “roc”, burung mitos yang melambangkan ‘kekuatan’ dalam budaya Cina. Sutnya pula direka bentuk seperti tulip untuk menyerlahkan keanggunan dan sisi kewanitaan pramugari yang memakai.
Khabarnya, Hainan Airlines menduduki tangga kesembilan terbaik dunia dalam Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia tahun ini, bersama-sama dengan kedudukan ke-10 dalam kedudukan kakitangan kabin terbaik. Ia adalah syarikat pengangkutan udara milik swasta terbesar dengan bilangan pesawat keempat terbesar di China. Rata-rata ramai yang memuji dan terpesona dengan pakaian seragam Hainan Airlines ini malah mula mendapat perhatian netizen dunia.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Julai 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FAIRUZ RAMDAN: JERSI BOLA KE IKON FESYEN DI KLFW 2025
Fairuz Ramdan kembali ke pentas KLFW 2025 bersama Umbro, pamerkan jersi bola sepak ke ikon fesyen moden Malaysia yang tampil segar dan berani.
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
KLFW 2025 hadir dengan penuh penantian. Penghargaan buat pereka-pereka lagenda serta pentas permulaan buat pereka baharu dunia fesyen.
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI
Gaya fesyen Awal Ashaari cukup ikonik menjadikannya salah seorang selebriti lelaki Malaysia yang cukup versatil dari segi fesyen dan lakonan.
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.