LEVI’S LANCARKAN ORANGE TAB MUSIM BUNGA 2017
Koleksi terbaru Levi’s® Orange Tab yang dilancarkan baru-baru ini mengekalkan gaya asalnya yang tiada tandingan. Pertama kali digunakan pada rangkaian jeans slim fitting, jaket dan kemeja mampu milik, Levi’s® Orange Tab merupakan simbol gaya dan belia semasa era ‘counterculture’ tahun 1960an. Semenjak itu, pakaian Orange Tab bercirikan ‘old-school’ ini menjadi buruan pengumpul vintaj serta penggemar-penggemar denim.
Melalui gabungan ciri-ciri lama dan baru, Orange Tab bagi Musim Bunga 2017 menampilkan kemasan berinspirasikan ciri vintaj yang mengikut potongan dan fabrik terkini. Antara rekaan terbaru khusus untuk lelaki adalah gabungan Orange Tab dengan 510™ Skinny dan 505™C. Fabriknya berasaskan tenunan 1960an dan fabrik Orange Tab tahun 1970an tetapi ditambah unsur regangan untuk keselesaan mengikut trend moden hari ini.
Baju-baju, kemeja tee dan knits dipotong agak longgar untuk memberi keselesaan dan memudahkan gerakan, sementara Orange Tab Work Shirt merupakan gabungan antara klasik Western dan Work Shirts. Sementara itu, Trucker jacket ikonik diberi sentuhan Orange Tab, seperti Arcuate dan kocek welt. Harga antara RM69 hingga RM499.
Melalui gabungan ciri-ciri lama dan baru, Orange Tab bagi Musim Bunga 2017 menampilkan kemasan berinspirasikan ciri vintaj yang mengikut potongan dan fabrik terkini. Antara rekaan terbaru khusus untuk lelaki adalah gabungan Orange Tab dengan 510™ Skinny dan 505™C.
Fabriknya berasaskan tenunan 1960an dan fabrik Orange Tab tahun 1970an tetapi ditambah unsur regangan untuk keselesaan mengikut trend moden hari ini. Baju-baju, kemeja tee dan knits dipotong agak longgar untuk memberi keselesaan dan memudahkan gerakan, sementara Orange Tab Work Shirt merupakan gabungan antara klasik Western dan Work Shirts. Sementara itu, Trucker jacket ikonik diberi sentuhan Orange Tab, seperti Arcuate dan kocek welt. Harga antara RM69 hingga RM499.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KEJAYAAN BESAR KABILAN JELEVAN DALAM DUNIA MUAY THAI
Penghias wajah hadapan GLAM Lelaki isu Ogos 2026, Kabilan Jelevan hadir dengan barisan kejayaan sebagai satu kebanggaan di Malaysia.
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
“KUIL CHEEN SWEE SEBAGAI INSPIRASI UTAMA KOLEKSI ALPHINE & ALCHEMY HUNTILANAK,” – RYAN
Koleksi Alphine & Alchemy dari Huntilanak menjadi salah satu koleksi yang dibualkan oleh pencinta fesyen tempatan sepanjang KLFW 2026.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.














