Skip to content

LI YIFENG & MARTIN GARRIX X ARMANI EXCHANGE FALL 2017

Kongsikan artikel ini

Jenama pakaian terkemuka, Armani Exchange mengumumkan dua wajah eksklusif untuk kempen musim luruh 2017 mereka, iaitu pelakon China Li YiFeng serta DJ muda lagi berbakat Martin Garrix. Jenama dari Itali tersebut memilih mereka berdua atas indikasi yang sama iaitu – modern voice and a metropolitan spirit. Kempen yang sudah pun bermula ini melihatkan gabungan duo ini bekerjasama dengan jurugambar terkenal Sabine Villard untuk kempen editorial yang menyaksikan Li dan Martin menyarung variasi busana dari kemeja peluh hinggalah jaket bomber.

Selain itu, model Cara Delevigne juga turut terlibat sama dalam kempen ini. Jelas Giorgio Armani dalam satu kenyataannya, “Saya inginkan tiga wajah yang mampu mengembalikan semangat A | X dengan cara yang tidak konvensional. Mereka bertiga nyata berbeza, kreatif dan bebas dalam menyerlahkan ekspersi mereka dan pada masa yang sama diselebungi gaya Armani. Martin Garrix mampu menghasilkan magik melalui muziknya, dan Li adalah wajah dengan kepelbagaian bakat dan mampu mempengaruhi pasaran”.

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Julai 2017

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

Bacaan Lanjut
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

Bacaan Lanjut
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI

7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI

Bacaan Lanjut