ONITSUKA TIGER HASILKAN HIMPUNAN SNIKER UNISEKS
WELCOME TO THE NEW ERA! ONITSUKA TIGER MENYUNTIK ELEMEN ‘INCLUSIVITY’ MELALUI HIMPUNAN BAHARU DENTIGRE LL. TINGKAT GAYA DENGAN HIMPUNAN INI DALAM MENONJOLKAN SISI BERANI DALAM PENGGAYAAN FESYEN HARIAN.
Onitsuka Tiger memperkenalkan edisi terkini rangkaian sniker DENTIGRE, iaitu DENTIGR ELL yang menampilkan rekaan sniker berpotongan tinggi dengan gabungan material di bahagian atasnya bersama lidah kasut daripada fabrik felt, lalu dilengkapi dengan tapak luar tebal serta tahan lasak.
Hadir dalam dua rona kelabu-Kelabu Piedmont/Kelabu Graphite dan Putin/Kelabu Graphite-kasut ini pasti menonjolkan sisi berani dalam penggayaan fesyen. Tekstur yang dilengkapi pada permukaan kasut memberi impak serta dimensi tambahan bersama apa jua padanan gaya.
Melalui koleksi ini, Onitsuka Tiger mahu membenihkan kepositifan dalam melanjutkan tema fesyen yang baru. Turut mengekspresikan kebebasan dan membina sikap yakin kala berfesyen.


Penciptaan DENTIGRE LL dihasilkan daripada teknologi canggih-luar dan dalam, bagi memastikan padanan hebat, turut dilengkapi kusyen selesa untuk penggunaan sepanjang hari. Pelapik sokongan di bahagian tengahnya diperbuat daripada FLYTEFOAM PROPEL untuk memberikan kesan tahanan kusyen yang lebih baik.
Pelapik sokongan di bahagian dalam pula bergabung dengan ORTHOLITE X40 untuk memberikan kesan seakan lantunan untuk impak hentakan lembut pada tanah, sementara TEKNOLOGI FUZEGEL di bahagian tumit membantu meningkatkan lagi kesan kusyen yang lebih baik ketika berjalan. Reka bentuk dan butiran yang memaut memberi opsyen buat lelaki dan perempuan untuk menyarungnya. Ternyata, koleksi ini tidak terbatas pada satu gender sahaja.
Lebih hangar lagi, kempen terbaharu Onitsuka Tiger ini menampilkan duta global yang juga artis ternama dunia, Willow Smith dalam padanan sniker DENTIGRE LL bersama helaian daripada koleksi Musim Luruh/Sejuk 2020. Smith tampil ‘effortlessly cool’ berpandukan rekaan kontemporari Onitsuka Tiger. Willow Smith merupakan pilihan tepat untuk menyimbolkan DNA jenama fesyen Onitsuka Tiger yang sekarang.
Artikel berkaitan: Dior Perkenal Koleksi D27
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA
TOPTEN10 Malaysia secara rasmi meraikan pembukaan kedai pertama di Sunway Pyramid. Ini menandakan kemasukan jenama fesyen Korea ini ke pasaran tempatan dengan penuh gaya dan identiti. Pelancaran ini menghidupkan falsafah “Good wear” menerusi pengalaman imersif yang meraikan warisan Korea, keselesaan harian dan reka bentuk yang praktikal. TOPTEN10 diasaskan pada tahun 2012 oleh Shinsung Tongsang Co.,…
QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
"Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh ini, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan rezeki," Qal-G.
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.
WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE
Onitsuka Tiger telah mempersembahkan wangian pertama mereka, menampilkan empat wangi yang unik dan istimewa buat penggemar wangian.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.











