Skip to content

Our second nature

OUR SECOND NATURE KINI DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Para lelaki kini boleh melawati butik terbaharu Our Second Nature (OSN) yang terletak di Bangsar untuk mendapatkan seleksi pakaian yang versatil dan item gaya hidup yang menarik. 

Our Second Nature (OSN), jenama pakaian dan gaya hidup dari Singapura yang menggabungkan penceritaan bermakna dengan cetakan bermusim dan keselesaan, merasmikan pembukaan kedai sulungnya di Malaysia baru-baru ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, OSN telah berkembang menjadi jenama gaya hidup keluarga yang diminati ramai, seiring dengan komuniti kami yang melalui pelbagai fasa kehidupan.

Cetakan bermusim OSN, yang merupakan nadi jenama ini, meraikan keindahan saat-saat kecil dalam kehidupan, dengan setiap cetakan direka dengan penuh teliti oleh para pereka fesyen OSN. Lebih daripada sekadar pakaian, cetakan ini mencerminkan esensi detik-detik kecil yang membentuk kehidupan kita, daripada aroma linen segar pagi kepada melodi senja yang menenangkan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Our Second Nature (@oursecondnature)

OSN bermula dengan penghasilan pakaian wanita, dan seiring perjalanan gaya hidup komuniti, OSN turut berkembang bersama. Diilhamkan oleh para ibu yang berkongsi koleksi OSN dengan anak-anak kecil mereka, hasrat untuk memenuhi keperluan seluruh keluarga timbul secara semula jadi. Lalu mendorong OSN untuk mencipta rangkaian Our Mini Nature (OMN), yang menawarkan seleksi pakaian untuk kanak-kanak. 

Seterusnya, OSN memperkenalkan rangkaian kapsul lelaki. Selaras dengan falsafah rekaan fesyen yang mengutamakan keselesaan harian, OSN memperkenalkan seleksi pakaian versatil seperti kemeja berkolar bercetak, baju knit lembut dan seluar chinos. 

Dapatkan item rumah OSN

Melengkapi kehidupan seharain para komuniti, OSN melancarkan pula Living by OSN, rangkaian barangan hiasan rumah yang bertujuan berkongsi gaya hidup OSN dengan semua.  Koleksi ini menawarkan hiasan rumah yang mengubah ruang harian menjadi ruang istirehat yang dipenuhi dengan suasana harmoni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Our Second Nature (@oursecondnature)

Terokai pengalaman OSN di butik baharu mereka, A Second to Gather, yang terletak di Bangsar Village II. Diilhami keindahan alam, butik OSN direka sebagai ruang oasis yang tenang, di mana anda boleh menjauhkan diri dari kesibukan kota — ruang mesra di mana keluarga dan rakan-rakan boleh bersantai bersama-sama. 

Artikel berkaitan: MARKS & SPENCER MEMPERKENALKAN STOR KONSEP BAHARU PERTAMA DI ASIA

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

3 KOLEKSI BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

3 KOLEKSI FESYEN BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

Bacaan Lanjut
TB SUMMER MONOGRAM, SEMARAK GAYA MUSIM PANAS

BURBERRY TB SUMMER MONOGRAM, SEMARAK GAYA MUSIM PANAS

Bacaan Lanjut