Skip to content

PEMAIN BOLA SEPAK DAN JENAMA FESYEN SENDIRI

Kongsikan artikel ini

LIGAT PEMAIN BOLA SEPAK DI PADANG BOLA JUGA MENYERLAH DI LIGA FESYEN

Syarikat gergasi tahu penangan atlit kepada generasi muda. Golongan remaja ini bukan sahaja menjadikan pelakon dan penyanyi sebagai sumber inspirasi. Malah, bintang sukan juga mempunyai kredibiliti dalam menjadi pengaruh besar buat mereka. Apa sahaja jenama yang mereka sarungkan, pasti ada sahaja peminat mereka mahu beli. Maka, ia membuka satu pasaran buat bintang sukan ini untuk melancarkan jenama mereka sendiri. Terutama pemain bola sepak yang bijak menarik perhatian umum dengan susuk segak mereka. Sebab itu, ada sahaja jenama fesyen mewah menjemput pemain bola beraksi buat mereka. Ada pula yang berani lancarkan label peribadi. GLAM Lelaki kongsikan barisan pemain bola sepak yang ligat melancarkan jenama fesyen sendiri.

1 of 3

 

 

 

MEMPHIS DEPAY

pemain bola sepak l

Pemain bola sepak Belanda ini adalah contoh atlit terbaik mempelbagaikan kerjaya. Bukan sahaja menjadi penyerang utama buat beberapa kelab bola sepak terkemuka seperti Manchester United dan terbaru dia menjadi skuad buat kelab bola sepak Barcelona. Pada 2017, dia mula berjinak dalam dunia muzik Hip Hop dan melancarkan album EP pada 2020. Kemudiannya, Depay melancarkan pula label fesyennya, Memphis Depay Clothing. Baju berjiwa streetwear ini memberi fokus pada ceraian yang lebih kasual. Warna oren menguatkan lagi simbol patriotiknya pada Belanda. Logo jenamanya adalah gerakan yang selalu dilakukan olehnya selepas menjaringkan gol.

1 of 3

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut
SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

Bacaan Lanjut
KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

Bacaan Lanjut
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA

RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA

Bacaan Lanjut
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53

GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53

Bacaan Lanjut
DAVID BECKHAM DEDAH PENYAKIT DIALAMI DALAM DOKUMENTARI NETFLIX

NETFLIX TEROKAI PERJALANAN HIDUP DAVID BECKHAM DALAM SIRI DOKUMENTARI

Bacaan Lanjut