Skip to content

PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

Kongsikan artikel ini

Lapan bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Raja Charles III akhirnya ditabal menjadi Raja Britain baru pada 6 Mei lalu.

Detik bersejarah Raja Charles yang berlangsung di Westminster Abbey disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi. Ini termasuk pemerintah tersohor dan kerabat Diraja dari seluruh pelosok dunia.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Raja Charles memecah tradisi dengan menggayakan persalinan moden yang ditempah khas untuk istiadat pertabalan. Baginda menyarung tunik berwarna merah, kemeja sutera rona krim dan celana Tentera Laut Diraja. Gayanya dilengkapkan dengan jubah vintaj yang dipakai datuknya, Raja George VI semasa pertabalannya sendiri pada tahun 1937.

Saat dimahkotakan, Raja Charles menyarung gaun putih Colobium Sindonis dan Supertunica emas sebelum dipakaikan Mahkota St. Edward berusia 362 tahun. Baginda kemudiannya meninggalkan Westminster Abbey dengan Mahkota Diraja Negara atau dikenali sebagai Imperial State Crown.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

GL himpunkan fesyen terbaik yang digayakan kerabat serta tetamu pada upacara pertabalan Raja Britain yang penuh bersejarah.

2 of 12

Puteri Kate Middleton

Puteri Wales memilih busana daripada rumah fesyen kegemarannya, Alexander McQueen untuk digayakan pada hari bersejarah itu. Dia menyarung gaun krep sutera putih gading bersama bulion perak dan sulaman benang yang menampilkan motif bunga ros, thistle, daffodil dan shamrock – flora simbolik sama pada gaun Ratu Camilla. Puteri Kate memberi penghormatan kepada mendiang ibu mentua dan neneknya dengan menggayakan anting-anting Puteri Diana dan Kalung George VI milik Ratu Elizabeth. Dia menggantikan tiara dengan hiasan kepala sulaman daun tiga dimensi daripada Jess Collett x Alexander McQueen.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

2 of 12

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Raja Azlan Muzaffar Shah

RAJA AZLAN MUZZAFFAR SHAH PEWARIS DIRAJA PERAK YANG MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN

Bacaan Lanjut
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

Bacaan Lanjut
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI

7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI

Bacaan Lanjut
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA

5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA

Bacaan Lanjut