Skip to content

PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

Kongsikan artikel ini

Lapan bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Raja Charles III akhirnya ditabal menjadi Raja Britain baru pada 6 Mei lalu.

Detik bersejarah Raja Charles yang berlangsung di Westminster Abbey disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi. Ini termasuk pemerintah tersohor dan kerabat Diraja dari seluruh pelosok dunia.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Raja Charles memecah tradisi dengan menggayakan persalinan moden yang ditempah khas untuk istiadat pertabalan. Baginda menyarung tunik berwarna merah, kemeja sutera rona krim dan celana Tentera Laut Diraja. Gayanya dilengkapkan dengan jubah vintaj yang dipakai datuknya, Raja George VI semasa pertabalannya sendiri pada tahun 1937.

Saat dimahkotakan, Raja Charles menyarung gaun putih Colobium Sindonis dan Supertunica emas sebelum dipakaikan Mahkota St. Edward berusia 362 tahun. Baginda kemudiannya meninggalkan Westminster Abbey dengan Mahkota Diraja Negara atau dikenali sebagai Imperial State Crown.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

GL himpunkan fesyen terbaik yang digayakan kerabat serta tetamu pada upacara pertabalan Raja Britain yang penuh bersejarah.

3 of 12

Jill Biden

Wanita pertama Amerika Syarikat menghadiri upacara pertabalan Raja Charles bersama cucunya Finnegan, menggantikan tempat Joe Biden yang tidak berkesempatan untuk hadir. Jill Biden menyarung sut skirt Ralph Lauren berwarna biru bersama sarung tangan sedondon. Finnegan pula menggayakan gaun midi kuning pucat dan mantel sepadan oleh Markarian bersama hiasan kepala motif mawar, bunga rasmi Washington, DC.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

3 of 12

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
lokal

5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

Bacaan Lanjut
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut