SAMBUTAN HARI BAPA, LIMA AKSESORI EMPORIO ARMANI BUAT BAPA
WE LOVE YOU DAD! EMPORIO ARMANI CADANGKAN LIMA AKSESORI IDEAL BUAT GOLONGAN BAPA. AKSESORI FESYEN, DARI KASUT HINGGA KE BEG KEMBARA.
Hari Bapa bakal disambut kelak. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa pula sepanjang masa. Begitulah perumpamaan yang biasa kedengaran. Tak dinafikan lagi, sambutan Hari Bapa tidaklah seutama Hari Ibu, tetapi bukanlah sebab untuk kita tidak merai kasih dan pengorbanan golongan bapa dengan sewajarnya. Tanda buat si anak-anak menghargai jasa-jasa bapa yang tiada tandingannya.
Maka itu, Emporio Armani menyandarkan himpunan khusus untuk Hari Bapa, yang membariskan aksesori penting lelaki seperti sniker, tali pinggang, beg galas dan beg grooming-yang tersedia untuk dijadikan gifting ideas buat si bapa. Setiap satu rekaan yang ditawarkan, menyemat fungsi-fungsi tertentu, pun begitu aspek fesyen yang memaut menjadi alasan untuk dihadiahkan buat bapa.
LUXE SNEAKERS
Cita rasa golongan bapa hari ini kian berubah. Semakin mementingkan stail dan rupa, selain mengutamakan kegunaannya. Sniker putih yang dihiasi logo Emporio Armani pada sisi kasut, ternyata meningkatkan mutu stailnya. Sempurna buat bapa moden yang gemar sesuatu rekaan yang minimal, namun stylish. Siluet kasut yang bersifat sukan, memudahkan si bapa memakainya dengan apa jua penggayaan. Lebih baik lagi, sekiranya dipakai kala bergaya kasual atau ringkas dengan celana denim.
BEG GROOMING
Hari untuk merai sang hero, apa kata berikannya satu beg grooming yang utuh. Satu kejutan bukan? Sudah pasti bapamu tiada beg khusus simpan produk-produk grooming. Tambahan lagi, bapa-bapa sekarang semakin mementingkan penjagaan wajah dan rambut. Dan sudah tentu krim muka ada berbotol-botol. Beg grooming Emporio Armani ini reka bentuknya ringkas, warna hitamnya pula nyata mencerminkan identiti maskulin. Bagus betul jika beg grooming ini dimiliki bapamu, pasti kelak tampil lebih rapi.
MINIMAL & CLASSY DAD
Buat bapa yang kerap kembara, tiada item yang lebih penting buatnya, melainkan serangkaian bagasi atau beg yang sempurna. Beg sandang Emporio Armani serba putih ini, menyandiwarakan minimalis. Reka bentuknya disesuaikan buat bapa yang perlu menyimpan segala keperluan dengan mudah dan selamat. Malah, gajet kecil seperti iPad atau komputer riba boleh disimpan di dalamnya. Diperbuat daripada material kulit yang punya daya tahan yang kuat. Boleh dipakai bertahun-tahun.
FOR THE ACTIVE DAD
Buat bapa yang karakternya cool dan santai, boleh juga dicadangkan untuk menghadiahkannya beg sandang ini. Praktikal dan aksesori yang jenis tahan lasak, bolehlah digunakan semasa melakukan aktiviti luar seperti hiking atau berbasikal. Sekarangkan banyak bapa yang aktif bersukan, sudah pastilah rekaan beg seperti ini yang menjadi pilihan.
Dilengkapi dengan pelbagai ruang, turut memuatkan ruang tempat simpan gajet untuk memudahkan bapa mengecas telefon pintar, misalnya. Banyak ruang untuk meletakkan barang-barang penting menjadi faktor utama beg ini wajar diberi kepada bapa untuk Hari Bapa. Semestinya akan menjadi beg kegemaran ayah anda.
TALI PINGGANG
Tali pinggang hitam merupakan opsyen mudah untuk menyimbah keseronokan Hari Bapa. Tali pinggang Emporio Armani diperbuat daripada kulit dan jika si bapa pakai, pasti tampak stylish dan kemas. Ditambah pula kepala tali pinggang yang versatil, akan menampakkan ciri-ciri kelakian bergaya.
Praktikaliti terjamin kerana ia mudah dan cepat untuk melaraskan kepala dan tali kulit pabila dipakai. Dicadangkan buat bapa yang suka bergaya dalam sut atau penampilan terarah formal. Pelaburan fesyen yang sangat berbaloi.
Artikel berkaitan: MERAI INOVASI 25 TAHUN, UNDER ARMOUR LANCAR KOLEKSI ISTIMEWA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Pengaruh luar biasa Lucidrari dalam membentuk identiti generasi kini melalui fesyen dan muzik. Legend "in the making".
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI
"Saya bangga saya masih relevan hingga ke hari ini. Saya dapat lakukan apa yang saya suka, iaitu peragaan dan mencipta kandungan fesyen walaupun pendapatannya tidak stabil. Tetapi, I love what I do, itu lebih penting," Pipi Razi.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
ARIF ASHRAF, INSPIRASI GAYA GENERASI KINI
"Sebelum masuk 35 tahun, saya berazam untuk melancarkan produk jenama saya sendiri dan membina jenama yang mencerminkan identiti saya"-Ashraf
ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Ketahui tujuh pereka fesyen solo lelaki yang bakal mementaskan koleksi terbaharu mereka di KLFW 2025 yang akan datang.
KENALI JUSTIN WEIQING, WAJAH FESYEN LOKAL MASA KINI
Justin Weiqing merupakan wajah baharu dalam dunia fesyen. Bermula sebagai model dan kini beralih fokus ke dalam bidang penciptaan kandungan digital pula.