Skip to content

SANDRO FW25: GAYA PARISIAN UNTUK MUSIM BARU

Kongsikan artikel ini

Gaya parisian Sandro FW 25  mempersembahkan dua sisi dunia fesyen wanita dan lelaki dengan satu benang merah: kebebasan ekspresi yang penuh tenaga. Dari siluet feminin yang berani mendekonstruksi uniform hingga maskuliniti yang lebih futuristik dan moden, koleksi ini merangkumi semangat kontemporari yang menolak kebiasaan. Tekstur kaya, palet warna dinamik, dan ‘functional design’  membentuk gaya hidup urban yang segar; satu gabungan antara sofistikasi, keberanian, dan keaslian untuk generasi baharu pencinta fesyen.

Sandro FW25: “Express Yourself” Menyulam Feminin Moden

Sandro mengangkat tema “Express Yourself”. Sebuah koleksi yang mengajak wanita merangkul semula erti seragam dengan cara baharu. Dari helaian yang diinspirasikan kelab eksklusif, seperti cable-knit sweater dan skirt berlipat, hinggalah reinterpretasi jaket klasik dalam kanvas, wool dan denim, Sandro menghadirkan semangat sporty-elegan yang santai namun tetap berwibawa. Siluet pula dilepaskan daripada aturan lama. Kali ini lebih bebas, bertenaga dan dinamik. Palet warna hijau emerald, putih bersih dan kuning lembut bertemu dengan nuansa kulit coklat lusuh mencipta kombinasi yang segar tetapi tetap timeless.

Di sisi lain, nuansa pejabat turut dirombak melalui segmen “Business Call”. Gabungan tailoring maskulin, tali leher rapi dan lavallière collar yang feminin, mencipta imbangan sempurna antara struktur seragam dan keanggunan lembut. Ekspresi gaya era 1960-an turut hadir melalui helaian kulit dengan potongan berani, dipadankan but biker yang tegas serta seluar corsair yang menjadi statement. Dengan pendekatan minimalis, Sandro hanya memberi apa yang perlu seperti siluet ringkas, potongan body-conscious, dan sentuhan feminin. Keseluruhan koleksi ini bagaikan manifestasi keberanian baharu; berdiri sendiri, bebas daripada konvensi, serta menyalurkan autentisiti yang tidak dapat dipertikaikan.

 

Maskuliniti Baharu, Gaya Bebas Tanpa Batas

Sandro Homme memperkenalkan almari pakaian dinamik yang berakar pada pengaruh nautika, visi artistik dan fungsionaliti moden. Maskuliniti kali ini didefinisikan semula melalui siluet bebas. Menggabungkan elemen grafik dengan tekstur sensori yang kaya. Hasilnya ialah koleksi yang seimbang essentials utama dengan reinterpretasi segar, diadun kontras antara bahan mentah dan perincian ‘workmanship’ halus.

Cetakan floral berinspirasikan watercolour memberi sentuhan etereal, melembutkan potongan seni bina yang tegas. Dari knit ringan hingga ke kot berstruktur setiap helaian mengalir dalam harmoni semula jadi menjadikan keanggunan sofistikated dengan keselesaan kasual. Tekstur menjadi teras koleksi ini. Cashmere marled, wool mentah, kulit lusuh, fabrik teknikal, hingga ke suede semuanya dipersembahkan dalam permainan kontras yang penuh tenaga. Palet warna pula menari di antara neutral bumi, biru pekat, hitam intens, merah kaya, hijau bertenaga, dengan aksen merah jambu dan oker yang memberi ritma segar.

Semangat varsity-preppy pula menyuntik sikap santai dalam staples lelaki. Manakala outerwear teknikal terus menjadi nadi koleksi bergaya, praktikal, dan dibina untuk menghadapi musim dengan penuh keyakinan. Minimalis, sensual, dan penuh karisma. Sandro Homme FW25 menampilkan lelaki yang bebas, autentik dan tidak gentar mengekspresikan dirinya.

Artikel Berkaitan: UNIQLO : C KOLEKSI LAMBANG ‘MODERNITY IN MOTION’

By Shakif Md Noor
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON'S

PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON’S

Bacaan Lanjut
JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

Bacaan Lanjut

PELAKON LELAKI PALING MENARIK DALAM NETFLIX WEDNESDAY MUSIM 2

Bacaan Lanjut
8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Bacaan Lanjut

RECAP KLFW 2025: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25

Bacaan Lanjut