STAIL TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM CANNES 2024
Acara perfileman terbesar, Festival Filem Cannes kembali untuk meraikan naskah antarabangsa terbaik buat tahun 2024.
Tahun ini, Festival Filem Cannes ke-77 berlangsung dari 14 hingga 25 Mei. Acara ekstravaganza ini kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.
Seperti dijangka, nama-nama besar yang hadir berjalan di karpet merah dalam gaya glamor French Riviera. Labuci dan kilauan dilihat mendominasi gaya selebriti wanita. Selebriti lelaki pula kebanyakannya tampil dalam sut rona hitam putih.
Lihat beberapa gaya selebriti terkenal di Festival Filem Cannes 2024
Adam Driver memilih gaya klasik daripada Burberry.
Omar Sy menggayakan sut double-breasted daripada Louis Vuitton.
Joe Alwyn tampil serba hitam dalam persalinan Celine.
Barry Keoghan menggayakan jaket, celana dan kemeja daripada Burberry.
Ben Whishaw memilih persalinan Bottega Veneta.
Franz Rogowski berjalan di karpet merah Festival Filem Cannes dalam tuksedo Lanvin.
Chris Hemsworth menampilkan kelainan dengan menyarung sut pastel daripada Tom Ford.
Jesse Plemons dan Kirsten Dunst sedondon dalam persalinan Gucci.
Cate Blanchett persis dewi dalam gaun emas Louis Vuitton.
Selena Gomez anggun dalam gaun Saint Laurent.
Michelle Yeoh menggayakan persalinan daripada Bottega Veneta.
Hunter Schafer mencuri perhatian dalam gaun Armani Prive.
Soo Joo Park memadankan rambut birunya dengan gaun hitam Gucci.
Kejelitaan Anya Taylor-Joy terserlah dalam persalinan Dior haute couture.
Putri Marino memukau dalam gaun baldu merah hati Stellarissa.
Model tanah air, Sharwita bagaikan bidadari dalam gaun couture rekaan Hatta Dolmat.
Foto: Getty Images/Instagram
Pautan berkaitan: BAFTA TV AWARDS 2024: FESYEN KARPET MERAH SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Nicholas Hoult, Jude Law, Barry Keoghan dan Paul Mescal antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian di karpet merah Governors Awards 2024.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS
TCL Chinese Theater, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem terbaru, Wolfs pada 19 September lalu.
EMMY AWARDS 2024: GAYA KARPET MERAH TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Karpet merah Emmy Awards ke-76 menyaksikan momen fesyen terhebat bintang Hollywood dalam persalinan segak dan bergaya.
MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tayangan perdana The Union yang berlangsung di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
5 GAYA FESYEN TERBAIK GULF KANAWUT PILIHAN GLAM LELAKI
Siapa tidak kenal jejaka berbakat dari Thailand, Gulf Kanawut yang kini semakin menyerlah dengan gaya fesyen yang sering dikongsi di laman sosial beliau?
15 SEGAK & ANGGUN DI BAFTA FILM AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
BAFTA Film Awards ke-77 yang berlangsung di Royal Festival Hall, London meriah dengan kehadiran bintang ternama.