Skip to content

THE MELIUM GROUP RAIKAN ULANG TAHUN FESYEN KE-30 DI KLFW

Kongsikan artikel ini

Menandakan kemampanan jenama ini dalam memperkasakan industri peruncitan gaya hidup dan fesyen mewah di Malaysia, The Melium Group meraikan sambutan ulang tahun ke 30 dengan meriahnya. Sambutan ulang tahun ini diraikan dengan pertunjukan fesyen yang diadakan sewaktu KLFW 2019 (Kuala Lumpur Fashion Week) baru-baru ini di Pavilion KL, menyoroti kekuatan Melium sebagai satu kumpulan yang  berdekad membina perhubungan erat dengan pelanggan melewati generasi ke generasi.

Bercakap pada pertunjukan fesyen tersebut adalah pengasas dan presiden, Dato’ Seri Dr Farah Khan yang menegaskan kekuatan Melium adalah sentiasa menjadi sebahagian dari masyarakat. “Tidak kira sama ada pelanggan kami yang telah banyak menyokong, mahupun individu lain yang berkongsi nilai dan matlamat yang sama dalam usaha memperkenalkan peruncitan fesyen antarabangsa ke dalam industri tempatan, terasnya adalah kelompok individu itu sendiri”.

Pembukaan pertunjukan fesyen dimulakan dengan testimoni video yang dinaratifkan sendiri oleh Dato’ Seri Dr Farah Khan diikuti Friends of Melium walk, antaranya Zahida Rafik, Datin Azila Caramella & Luna Caramella, Dato’ Emma Ibrahim, Dini Schatzmann, Zhu Liyesi, Sherry Ibrahim, Dato’ Jasmine Raj, Kavita Kaur and Roberto Guiati, Tengku Siska Alisa, Othman Mirzan dan Lee Jim Leng dilihat menguasai malam tersebut dengan ‘berjalan’ secara eksklusif di atas pentas peragaan.

Dini Schatzmann dalam Hackett

Othman Mirzan dalam Balmain

Di samping itu, Melium dan Malaysia Tatler Charity Auction Committee mengumumkan kutipan sebanyak RM4.5 juta bersempena 30th Anniversary Charity Auction untuk 20 pertubuhan dan rumah amal.

Majlis pada malam itu diteruskan dengan pertunjukan fesyen dari label di bawah bumbung Melium seperti Aigner, Balmain, Hackett London, Max Mara, MCM dan banyak lagi. Jenama Farah Khan turut membuat penampilan yang bertemakan Jean-Michel Basquiat. Congrats Melium for the 30th anniversary and more years to come! 

2 of 4

Farah Khan

2 of 4

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

tod's melium group

TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut
lokal

5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

Bacaan Lanjut