TREND SELUAR RELAXED-FIT BERSAMA UNIQLO
Sudah beberapa musim kebelakangan ini, pentas peragaan fesyen lelaki tampil dengan mood dan siluet yang lebih relaks. Jika dulu gaya lelaki didefinisikan look yang tajam dan runcing, Minggu Fesyen New York, London Milan, Paris dan Milan kali ini cenderung menyarankan siluet persalinan yang lebih longgar dan nyata lebih selesa. Forget skinny silhouettes – now, it’s all about the relaxed fit!
Maka, musim ini, Uniqlo memperkenalkan tiga rekaan celana panjang yang menyahut panggilan trend segar ini. Merangkumi seleksi seluar jean dan chinos, himpunan seluar panjang ini kesemuanya memfokuskan pada fit yang lebar daripada biasa, untuk menjamin keselesaan tanpa berkompromi pada potensi stail yang pelbagai.
Bermula dengan Regular Fit Jeans Uniqlo. Dengan desain kedudukan pinggang yang tinggi dengan bahagian paha yang lebih relaks untuk memberi keselesaan, didukung denim diperbuat daripada 100 peratus kapas. Siluet kaki pula direka sedikit runcing untuk mencipta gaya yang lebih sofistikated, apatah lagi bila dipadankan dengan kemeja atau baju panas.