Skip to content

WARISAN AMERICANA COACH Spring 2018

Kongsikan artikel ini

Kesinambungan musim-musim sebelumnya, untuk koleksi Coach musim bunga 2018 pereka Stuart Vevers seolah-olah sudah menemui formula sukses dalam menggarap identiti fesyen untuk Coach. Nyatanya, jiwa Americana masih dijulang, memberi nafas baru dalam interpretasi gaya tradisi dan Western klasik.

Melihat himpunan homage yang tampil segar sepanjang tujuh musim fesyen kebelakangan ini – daripada budaya skate, komik Peanuts dan stail varsity kepada ilham stail ikon nasional seperti Bruce Springsteen, James Dean dan Martin Sheen dalam filem Badlands (1973) – boleh disimpulkan: sorry Michael Kors, Tommy Hilfiger and Ralph Lauren. Coach sudah mengambil alih peranan anda selaku penjaga warisan stail Americana era baru sekarang!

Di pentas peragaan yang berlatarbelakangkan energi kota New York, sempena New York Fashion Week musim bunga 2018 baru-baru ini, koleksi menswear Coach meniti pengaruh yang lebih subversif. Antaranya gaya Lou Reed yakni vokalis utama Velvet Underground juga pesona ikon seni dan sastera Beat Generation, William S. Burroughs. Menarik lagi, berpegang pada semangat kota NY, melalui kolaborasi kreatif bersama firma Artestar, Coach turut meraikan corak grafiti karya artis Pop ulung, Keith Haring dalam seleksi desain koleksi ini.

Kali ini, warisan Americana difokuskan pada kemeja Prairie dan kemeja Hawaii pula, menyatukan dua budaya berbeza yakni stail maskulin koboi dengan kemeriahan uniform kepulauan Pasifik, diselang-selikan dengan imej kontemporari Coach yang berpaksikan siluet biker dan stail varsity. Juxtapositions, contradictions, endless possibility, boundless creativity; koleksi Coach Spring 2018 tampil majmuk merangkumi kepelbagaian helaian yang berkongsi satu ideologi: memperjuangkan jiwa individualistik dan personal si American dreamer, yang punyai keberanian dan keyakinan untuk persembahkan versi dirinya yang paling jujur dan kreatif.

1 of 21

Koleksi lelaki Coach Spring 2018. Gambar ihsan Coach.

1 of 21

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut

8 ETIKET MEMILIH SONGKOK YANG SEMPURNA DI HARI RAYA

Bacaan Lanjut
7 MENU MENARIK DI COACH COFFEE SHOP PILIHAN GLAM LELAKI

COACH COFFEE SHOP: 7 MENU MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

STYLISH BAK GAYA ROMEO BECKHAM DI HARI VALENTINE

Bacaan Lanjut
6 FESYEN LELAKI PALING DIINGATI DALAM SEJARAH GRAMMY

6 FESYEN LELAKI PALING DIINGATI DALAM SEJARAH GRAMMY

Bacaan Lanjut
5 NEPO BABY YANG MENGIKUT JEJAK LANGKAH IBU BAPA MODEL

5 NEPO BABY YANG MENGIKUT JEJAK LANGKAH IBU BAPA MODEL

Bacaan Lanjut