Skip to content

AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI

Kongsikan artikel ini

BUAT MEREKA YANG KERAP MELAYARI INSTAGRAM DAN TIKTOK, TENTU SAHAJA MENGENALI ‘CONTENT CREATOR’ BERNAMA AKMAL HIZZAT. AKMAL SELALU MEREKA ‘CONTENT’ BERSAMA ISTERINYA, FATIN NORAISHAH. GLAM LELAKI CUBA MENGENALI AKMAL HIZZAT DENGAN LEBIH DEKAT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fatin Noraishah (@ftnshc)

BOLEHKAH AKMAL KONGSI SEDIKIT TENTANG PERJALANAN KE DALAM BIDANG ‘CONTENT CREATION’? APA YANG MEMBERI INSPIRASI KEPADA AKMAL UNTUK BERMULA?

Semuanya bermula semasa lockwon pertama (PKP), tapak projek saya (bekerja sebagai jurutera ketika itu) ditutup selama lebih kurang 3 bulan. Jadi untuk mengisi masa lapang, saya membuat video dengan isteri saya hanya untuk suka-suka dan tiba-tiba video tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mereka menggalakkan saya dan isteri untuk terus membuat video sehinggalah hari ini. 

BAGAIMANAKAH AKMAL HURAIKAN GAYA PERIBADI? ADAKAH IA BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA?

Saya rasa gaya saya cukup misteri. Saya kadang-kadang suka memakai longgar dan ada kalanya suka pakai yang fit. Jika saya boleh memilih satu gaya, ia mungkin ‘baggy’ atau longgar. Kerana saya rasa ia selesa dan bergaya pada masa yang sama. 

BAGAIMANA AKMAL SENTIASA UPDATE DENGAN TREND DAN GAYA FESYEN TERKINI?

Untuk mengikuti trend fesyen terkini, saya suka mengikuti jenama yang sesuai dengan personaliti saya. Walau bagaimanapun, saya suka menambah gaya unik saya sendiri dengan menggabungkan trend fesyen terkini dengan sentuhan saya sendiri. Isteri juga banyak membantu saya untuk mengikuti trend juga!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akmal Hizzat Azizan (@akmalhizzat)

ADAKAH TERDAPAT SEBARANG TREND ATAU GAYA TERTENTU YANG AKMAL RASA TERUJA PADA MASA INI & WILL BE BIG THIS SEASON?

Daripada apa yang saya perhatikan kita masih meminati stail ‘athleisure’. Juga banyak pengaruh trend ‘90-an dan 2000-an kembali diminati seperti baju ‘baggy’ dan t-shirt lusuh. Saya melihat banyak potongan rambut ‘mullet’ juga diminati kebanyakkan lelaki, terutamanya di kalangan pelajar sekolah menengah. Saya fikir trend-trend ini akan menjadi lebih hit musim ini. 

BOLEHKAN AKMAL KONGSI TENTANG KERJA/PROJEK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN YANG TELAH ANDA LAKUKAN?

Jika anda katakan kerja yang tidak dapat dilupakan adalah semasa saya bekerja sebagai Jurutera, yang mana saya bertanggungjawab untuk salah satu bahagian utama dalam pembinaan salah satu pusat beli-belah yang popular sekarang! Jika tentang ‘content creation’, sudah tentu apabila saya mendapat kepercayaan untuk menjalankan kempen besar untuk syarikat bank. Bukan satu atau dua bank, tetapi empat!

APAKAH NASIHAT YANG BOLEH AKMAL KONGSIKAN BUAT ‘CONTENT CREATOR’ YANG BAHARU UNTUK MENJADI LEBIH DIKENALI?

Nasihat terbaik yang saya boleh kongsikan pastinya ialah jangan melakukannya dengan jangkaan keputusan yang cepat kerana anda tidak akan memperolehnya secepat ini malah saya mendapat peluang untuk belajar daripada pencipta kandungan yang terkenal di luar sana pada tahun 2020. 

Ia memerlukan masa dan kesabaran untuk mendapatkan pendapatan yang sewajarnya daripada mana-mana platform media sosial jadi nasihat yang saya selalu dengar ia BERSABAR. Dan jangan tinggalkan kerjaya tetap untuk mengejar impian tersebut kerana ia bukanlah tindakan sewajarnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akmal Hizzat Azizan (@akmalhizzat)

SIAPAKAH IKON STAIL ANDA?

Saya hanya mengikuti dua artis lelaki di media sosial saya iaitu Awal Ashaari dan Bright. Dan ya, kerana saya suka gaya mereka. 

PROJEK TERKINI?

Buat masa sekarang, saya adalah duta untuk salah satu jenama tempatan yang terkenal di Malaysia.

SIAPAKAH JENAMA ATAU INDIVIDU IDAMAN YANG AKMAL MAHU BEKERJASAMA?

Untuk soalan ini, saya tidak mempunyai jawapan khusus kerana saya berharap untuk memiliki jenama saya sendiri tidak lama lagi. Insya Allah.

APAKAH YANG AKMAL INGIN CAPAI SEBELUM MENCAPAI UMUR 35 TAHUN?

Kewangan yang stabil, bebas daripada sebarang hutang dan boleh membelanjakan wang saya tanpa berfikir dua kali! Kenapa? Kerana pada zaman moden ini, segala-galanya adalah tentang wang!

NAMAKAN TIGA PENCIPTA KANDUNGAN TEMPATAN YANG ANDA MINATI?

Saya tidak mempunyai obsesi terhadap pencipta kandungan tempatan kerana kebanyakannya mereka semua kawan saya juga! Tetapi, sekarang saya suka cara Jason (pengulas makanan di TikTok) melakukan ulasan makanan dengan begitu banyak pengetahuan dan sentiasa mendidik kami tentang makanan! Mungkin saya boleh buat ‘food review’ selepas ini?

Artikel berkaitan: ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut
lapan 'girl crush'

LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.

Bacaan Lanjut

HAKIM MAZLAN, “TO BE HONEST, I’M NOT THAT UPDATED ON FASHION.”

Bacaan Lanjut

FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”

Bacaan Lanjut
"I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT," ZACHARY PUUNG.

ZACHARY PUUNG, “I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT.”

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI JANUARI 2025

GLAM LELAKI JANUARI 2025

Bacaan Lanjut