BABAK BAHARU AUDEMARS PIGUET: DIAL BERPATEN CODE 11.59
Menggabungkan inovasi teknikal dengan ketukangan tradisional, Code 11.59 terus berevolusi sebagai manifestasi kepakaran Audemars Piguet.
Audemars Piguet sekali lagi memperkukuhkan definisi material dalam dunia haute horlogerie menerusi Code 11.59 baharu. Buat julung kalinya, ia diperkenalkan dalam keluli tahan karat. Identiti tersendirinya terserlah menerusi seni bina bekas yang kompleks, menggabungkan lug melengkung, bezel ultra nipis dan bahagian tengah berbentuk segi lapan. Reka bentuk yang sofistikated ini menjadikan Code 11.59 antara ciptaan paling rumit dan mengagumkan daripada maison tersebut.
Diperkenalkan pada tahun 2019, nama “11.59” merujuk kepada minit sebelum hari baharu. Langkah strategik ini melambangkan pergerakan ke hadapan buat maison. Koleksi Code 11.59 pada awalnya tersedia dalam emas putih dan emas mawar 18 karat. Model keluli tahan karat baharu ini menambah komplikasi seni bina memandangkan sifat keluli yang lebih sukar dibentuk berbanding emas.
Dail bercorak Code 11.59

Enam rujukan baharu bersaiz 41 mm ini memperkenalkan dail bercorak timbul. Tiga model berpenggulungan automatik manakala tiga model kronograf berpenggulungan automatik. Keenam-enam model tampil dalam pilihan rona elegan, termasuk hijau misterius, rona ikonik “Bleu Nuit, Nuage 50” sebagai penghormatan kepada koleksi Royal Oak, serta dua variasi kuning air smoked yang bergradasi ke hitam pada bahagian luar dail. Padanan warna tali yang berkontras dengan bezel, penanda jam, dan jarum berona kelabu mewujudkan estetika yang sofistikated, sambil memastikan keterbacaan yang optimum.
Struktur dial konsentrik unik ini juga dihiasi ratusan lubang kecil yang bermain dengan cahaya sebelum diwarnakan dengan PVD yang memelihara dan meningkatkan kedalaman corak. Hasilnya memberikan perincian seni savoir-faire yang melampiri penanda jam dan jarum jam emas putih 18 karat yang disalut dengan Super LumiNova.
Kaliber yang dipaten

Versi keluli tahan karat dipacu oleh pergerakan generasi terkini: Calibre 4302 dengan petunjuk saat dan tarikh dan Calibre 4401. Dilengkapi pergerakan kronograf automatik bersepadu dengan roda lajur dan fungsi flyback.
Kedua-dua kaliber ini turut dilengkapi mekanisme dipatenkan yang meningkatkan ketepatan masa. Bahagian belakang bekas pula diperbuat daripada kristal nilam lutsinar, memperlihatkan kemasan halus bersama rotor terbuka daripada emas mawar 22 karat. Menerusi evolusi yang berterusan, Code 11.59 terus mencerminkan kepakaran Audemars Piguet dalam menggabungkan inovasi teknikal dengan ketukangan tradisional. Ini sekali gus memperkukuhkan identitinya sebagai antara koleksi paling sofistikated maison ini.
Artikel berkaitan: SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
AUDEMARS PIGUET ROYAL OAK SELFWINDING BERHIAS PERMATA EKSKLUSIF
Lanjutan dari arloji artistik mendakap keharmonian rona pelangi, Royal Oak Selfwinding diperkemas permata potongan baguette eksklusif.
ROYAL OAK OFFSHORE MENGHARGAI NUANSA MUZIK DUNIA
Bunyi sentiasa terpahat dalam nadi seni pembuatan jam, demikian Royal Oak Offshore Music Editions tampil menghargai nuansa muzik dunia.
Perkenalan Perdana Hôtel des Horlogers
Audemars Piguet membuka hotel mewah pertamanya Hôtel des Horlogers di perkampungan Vallée de Joux, Switzerland.
JEJAKA HOROLOGI TERHANGAT
Punya keterampilan diri dan imej yang berkarisma. Tambah lagi status kerjaya nan unggul membuatkan jejaka-jejaka ini menjadi rebutan.











