‘YOURS TRULY’ Serba Unggul
“Off-White’s classics” - itulah penguraian secara ringkas buat koleksi terbaru ini.
Off-White hadir mengarap koleksi kapsul eksklusif ilham Virgil Abloh. Sebuah ciptaan yang dinamakan "YOURS TRULY" tampil dengan persalinan seperti hoodie, celana pendek, t-shirt bercetak juga beberapa himpunan aksesori seperti sandal bersama rekaan berupa teks bercetak "RIGHT" dan "LEFT" yang menjadi tumpuan rekaan.
Teks cetakan "YOURS TRULY" merupakan corak utama untuk rekaan koleksi kapsul ini. Juga sudah pasti ikon ikonik Off-White tertera menghiasi beberapa seluar pendek juga corak kreatif seperti pelapis dasar benang (duct tape) menutupi sebahagian logo Off-White di tampilkan dalam himpunan ini.