6 ADAB PERLU DIJAGA KETIKA BERPUASA

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Ramadan hanya tiba setahun sekali menuntut kita untuk lebih santun dalam melalui urusan seharian dengan meningkatkan tahap kesabaran bukan saja dari lapar dan dahaga tetapi juga dalam perlakuan serta adab. Agar segala amalan diberkati, sama-samalah kita menjaga tingkah laku yang bukan hanya untuk bulan mulia ini tetapi juga menjadi sebahagian dari amalan gaya hidup seterusnya. Oleh itu, GL senaraikan 6 adab yang perlu dijaga dalam bulan mulia ini.

1. JAGA TUTUR KATA

Kata-kata kesat dan gosip sebaiknya dikurangkan. Bukan apa, tidak  manis untuk khalayak mendengar kata-kata itu terutamanya pada bulan puasa. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut kita adalah senjata tajam terutamanya kepada mereka yang mudah terasa. Jadi, lebih baik jika kita simpan perasaan marah dalam hati daripada mengungkit isu-isu sensitif di bulan mulia ini.

2. BERBELANJA SECARA BERHEMAH

Bazar Ramadan kembali dengan aneka makanan yang cukup menyelerakan, kalau boleh kita mahu membeli kesemuanya. Elakkan pembaziran dengan hanya membeli makanan secukupnya. Jika anda membeli untuk keluarga atau rakan-rakan, pastikan mereka makan makanan yang anda belikan. Makanan yang tidak cepat basi juga boleh dipanaskan untuk bersahur. Jadi fikir sebelum membeli!

3. KURANGKAN TIDUR WAKTU SIANG

Tidur siang pada hari minggu telah menjadi kebiasaan setelah penat lelah bekerja. Tidak salah jika anda mahu luangkan masa anda dengan tidur tetapi lebih elok jika dikurangkan. Masa terluang boleh diisi dengan aktiviti membuat biskut raya atau mengemas rumah. Ia tidak memerlukan tenaga yang banyak, malah anda mungkin mengasah bakat tersembunyi.

4. BANYAKKAN BERSEDEKAH

Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah apatah lagi di bulan Ramadan penuh kemuliaan ini. Bukan sahaja ia satu amalan yang dipandang tinggi malah digalakkan dalam Islam, malah pahala yang anda dapat juga akan dilipatgandakan. Oleh itu, rajin-rajinlah menghulur sedekah (sedikit pun tidak mengapa), dan pada masa yang sama membantu golongan yang memerlukan.

5. JAGA TINGKAH LAKU 

Keterampilan dan adab tertib seseorang membentuk cara mereka membawa diri sendiri. Bersopan santun, berbicara dengan perlahan dan teratur lebih disenangi ramai. Jika anda di bazar Ramadan, elakkan daripada memotong giliran ketika membeli makanan. Bukan sahaja anda kelihatan biadab, ia juga menunjukkan anda lebih gelojoh. Selain itu, banyakkan berdoa di bulan Ramadan ini.

6. SENYUM

Penat dan gusar meniti hari-hari sepanjang Ramadan mungkin menjejaskan emosi anda terpancar ke wajah. Anda tidak mahu dianggap sebagai seorang yang sombong dan menjengkelkan, bukan? Kadangkala senyuman boleh membawa kegembiraan kepada orang lain juga. Ingat, puasa perlu banyakkan bersabar!

6. BANYAKKAN BERSEDEKAH

Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah apatah lagi di bulan Ramadan penuh kemuliaan ini. Bukan sahaja ia satu amalan yang dipandang tinggi malah digalakkan dalam Islam, malah pahala yang anda dapat juga akan dilipatgandakan. Oleh itu, rajin-rajinlah menghulur sedekah (sedikit pun tidak mengapa), dan pada masa yang sama membantu golongan yang memerlukan.

Sumber: Eh (Olahan oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Jun 2017)

Tags: ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.