Pac-Man adalah permainan ikonik yang pernah suatu ketika menjadi kegilaan remaja-remaja sekitar awal tahun 2000. Namun, sekitar minggu lepas dunia dikejutkan dengan khabar pemergian pengasas kepada Pac-Man iaitu Masaya Nakamura yang dikhabarkan meninggal pada 22 Januari lalu di usia 91. Atas menghormati permintaan keluarga, punca kematian beliau juga tidak didedahkan.

170130-pac-man-0938_2762cf0121250acaeda0f40db750d8ba.nbcnews-ux-2880-1000

Masaya Nakamura (tengah)

Sedikit mengenai sejarah syarikat Namco, yang mencipta Pac-Man, ia diasaskan oleh Nakamura pada 1955. Syarikat itu bermula kecil dengan menyediakan servis permainan kuda untuk kanak-kanak di bumbung sebuah pasaraya di Jepun. Namco kemudian mula merintis kepada permainan arked dan taman hiburan.

namco-founder-masaya-nakamura-dead-1

Bagaimanapun, permainan Pac-Man, yang dikeluarkan pada 1980, menjadikan Namco sebagai sebuah legasi. Idea permainan Pac-Man, yang direka oleh pencipta permainan video, Toru Iwatani, timbul dari gambar sekeping pizza tanpa satu hirisan. Menurut laporan, Nakamura memberikan nama ‘Pac’ (atau pakku dalam bahasa Jepun) untuk menggambarkan bunyi karakter itu ketika memakan mangsanya. Pac-Man juga turut tampil dalam filem Pixels lakonan Adam Sandler sekitar tahun lepas.

pac-man-hd437

Watak Pac-Man diilhamkan daripada sekeping pizza penuh yang hilang satu hirisan.

Sehingga kini, Pac-Man masih lagi menjadi salah satu budaya hebat di Jepun, dan kelibat karakter-karakter permainan itu masih kelihatan di televisyen, filem dan taman tema. Satu inovasi kini tinggal legasi yang dikira mustahil untuk mati.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Februari 2017