SCARLETT JOHANSSON IDAM LELAKI SEPERTI…

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Bintang sensasi jelita kini sedang hangat mempromosikan filem terbarunya, Ghost In The Shell. Scarlet Johansson adalah antara jelitawan Hollywood paling diingini, bukan semata rupa namun bakatnya. Namun, apabila menyentuh soal peribadi, Scarlett juga pernah melalui masa-masa sukar. Scarlett, yang berumur 32 tahun baru saja memfailkan penceraiannya bersama Romain Dauriac dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Ketika ditanya sama ada Scarlett akan menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh masa terdekat ini, ini respon beliau. “Saya akui sangat sukar kerana kini saya mempunyai seorang anak perempuan. Jadi, tumpuan utama saya adalah padanya buat masa sekarang dan banyak lagi yang perlu saya fikirkan, tetapi jika keadaan berubah pasti saya akan memaklumkan kepada dunia”.

Bekas isteri kepada pelakon popular, Ryan Reynolds ini turut ditanya, siapakah contoh lelaki idamannya, dan ini jawapan Scarlett. “Gordon Ramsay! Sejujurnya, saya amat menyukai lelaki seperti Gordon Ramsay”.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mac 2017

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.