Skip to content

HUBLOT RAIKAN 10 TAHUN PENCIPTAAN BITCOIN DENGAN BIG BANG MECA-10 P2P

Kongsikan artikel ini

Hublot meraikan sepuluh tahun sejak penciptaan Bitcoin dengan melancarkan jam tangan edisi terhad Big Bang Meca-10 P2P, tersedia untuk belian eksklusif dalam talian dengan Bitcoin dan menampilkan nombor transaksi diukir pada bezel, menjadikan setiap satunya unik.

Pelopor dalam trend teknologi dan kemasyarakatan baharu, Hublot telah memutuskan untuk menandakan ulang tahun kesepuluh Bitcoin dengan melancarkan jam tangan pertama yang hanya boleh dibeli menggunakan Bitcoin. Ia akan dijual secara eksklusif melalui e-dagang dan hanya boleh dipesan dan dibayar secara dalam talian. Inovasi sedemikian dapat dilaksanakan melalui kerjasama dengan OS Limited (OSL), pembrokeran aset digital yang terkemuka di Asia. Ini menjadikan Hublot jenama pembuat jam yang pertama memasuki sektor ini.

Big Bang Meca-10 P2P ialah edisi terhad 210 buah jam tangan, yang merujuk kepada had global Bitcoin, yang ditetapkan pada 21 juta.

Sejajar dengan reka bentuk inovatif yang dijangkakan daripada koleksi Big Bang, jam tangan “P2P” mempunyai kelongsong 45 mm yang diperbuat daripada seramik hitam microblas. Apabila kita bercakap tentang seramik dalam jam tangan Hublot, ini tidak bermakna tembikar berasaskan tanah liat, tetapi bahan berteknologi tinggi zirkonium dioksida ditekan pada suhu yang sangat tinggi. Seni Jalinan yang begitu dekat kepada pembuat jam tangan dan jurutera di kilang pembuatan Nyon.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 November 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

PAMERAN GRAND PRIX D’HORLOGERIE DE GENÈVE (GPHG)

Bacaan Lanjut

10 JAM TANGAN MEWAH & TERBAIK SETAKAT INI

Bacaan Lanjut
OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut