SELAMAN IDEAL BERSAMA ORIS

Merupakan perintis buat jam penyelam siap menampilkan regulator pada laman dail, tahun ini Oris meneruskan ceritera ketukangan himpunan jam tangannya dengan karya terbaru yakni Regulateur 'Der Meistertaucher'.

Aksesori sempurna buat si penyelam, Oris Regulateur 'Der Meistertaucher'

Berbicara mengenai jam tangan sempurna untuk dibawa menyelam, apakah fungsi yang paling penting yang perlu ada pada seutas jam penyelam? Jawapannya, berupaya berfungsi di bawah permukaan rintangan air. Itu adalah vital dan sudah pasti tidak punya keraguan kala menyelam di dasar laut.

Namun, yang paling penting adalah keterbacaan serta ketepatan jam berfungsi, juga memperlihatkan paparan jelas waktu menyelam kerana tidak semua jam penyelam berkemampuan untuk menahan tekanan yang terdapat di dalam air. Maka, Oris memikul tanggungjawab ini lalu telah menciptakan himpunan yang didedikasikan untuk penyelam dan kini memperkasakan rangkaiannya dengan jam tangan penyelam terbaru, Regulateur ‘Der Meistertaucher’.

Bernadikan pergerakan automatik, jam tangan beroperasi dari kaliber Oris Cal. 749, berdasarkan pada Sellita SW 220-1, dengan jarum minit ditampilkan di pusat manakala subdial indeks jam pada pukul 3 serta kaunter saat kecil pada pukul 9. Tidak lupa juga tetingkap tarikh berkedudukan pada pukul 6.

Jam Regulateur 'Der Meistertaucher' berdiameter 43.50mm diilhamkan daripada reka bentuk himpunan generasi akan datang Aquis. Diperbuat daripada titanium untuk case yang ringan langsung dibina sekali injap lepas helium automatik. Kalis air sehingga ke dalam 300 meter, crown bersekuriti screw-in ditampilkan cukup teliti di dalam menjamin keselamatan jam daripada dimasuki air.

Bezel berputar sehala bertatah seramik hitam dengan paparan masa 60 minit dan penanda sifar diperkemas dengan Super-LumiNova®. Begitu juga dengan indeks masa bagi mewujudkan kontras buat pembacaan yang jelas. Istimewa lagi, model ini didatangkan bersama kotak penyimpanan kalis air berserta tali jam kedua dari material getah serta kit alat ganti tali. 

2 of 3

Oris Regulateur ‘Der Meistertaucher’, tampil sporty dengan tali getah.

2 of 3

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.