1 of 6

Pereka fesyen terkemuka, Karl Lagerfeld dilaporkan meninggal dunia di kota fesyen Paris pada usia 85 tahun, lapor media Perancis.

Pereka fesyen kelahiran Jerman itu sinonim sebagai pengarah kreatif Chanel Houte Couture dan pernah menghasilkan koleksi pakaian di bawah labelnya sendiri dan jenama Fendi.

Karl juga dilaporkan tidak sihat sejak beberapa minggu lalu dan tidak kelihatan di beberapa pertunjukan fesyen besar di beberapa kota besar.

Walaubagaimanapun, punca kematian belum dapat dikenal pasti. Dan seterusnya, dunia juga dilihat turut memberikan penghormatan seperti Donatella Versace, Victoria Beckham, Melania Trump, Rihanna, Gigi Hadid jenama fesyen HM dan lain-lain lagi.

1 of 6