KAJIAN PERCAYA MATA PALING SEMPURNA MILIK HARRY STYLES
Apa benar dakwaan ini? Hasil penelitian kajian terbaru mendapati bekas anggota kumpulan One Direction, Harry Styles sebagai pemilik mata dan dagu paling cantik dan sempurna di dunia, mengatasi aktor terkenal, Brad Pitt dan Will Smith. Penelitian yang disahkan oleh Centre for Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery dengan menggunakan kaedah Golden Ratio untuk mengukur bentuk simetri wajah seseorang, dengan tujuan mengetahui selebriti mana yang paling kacak di dunia.
Untuk dagu pula, nisbah bagi kesempurnaan simetri wajahnya adalah 99.7 peratus daripada nisbah sempurna. Beliau mengungguli carta mata paling cantik di dunia menewaskan Will Smith dan Brad Pitt yang menduduki tangga kedua dan ketiga.
Untuk kategori hidung paling sempurna diungguli oleh aktor kelahiran Kanada iaitu Ryan Gosling dengan nisbah 99.7 daripada peratusan kesempurnaan.
Sementara itu, bekas pemain bola sepak David Beckham dilihat sebagai manusia berwajah paling sempurna di dunia dengan kadar nisbah 96.4 dari kadar peratusan sempurna. Berikut adalah senarai ksempurnaan wajah yang dikeluarkan oleh Centre for Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery.
Selebriti dengan Mata Paling Cantik di Dunia
1. Harry Styles 98.15%
2. Will Smith 97.75%
3. Brad Pitt 97.75%
4. George Clooney 94.8%
5. Idris Elba 93.65%
Selebriti dengan Dagu Paling Cantik di Dunia
1. Harry Styles 99.7%
2. Jamie Foxx 98.7%
3. David Beckham 98.6%
4. Idris Elba 98.5%
5. Ryan Gosling 97.4%
Selebriti dengan Hidung Paling Cantik di Dunia
1. Ryan Gosling 99.7%
2. George Clooney 99.6%
3. Prince William 89%
4. Bradley Cooper 87.9%
5. David Beckham 84.6%
Selebriti dengan Wajah Paling Sempurna di Dunia
1. David Beckham 96.4%
2. Ryan Gosling 93.8%
3. Brad Pitt 92.9%
4. Bradley Cooper 92%
5. Idris Elba 91.4%
Sumber: ASTRO Awani
Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG
Nampaknya persahabatan David Beckham dan Mark Wahlberg yang terjalin sejak 15 tahun lalu telah menemui titik noktah.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA
Apabila lima selebriti ini muncul dengan gaya rambut berbeza, penampilan mereka hampir tidak dikenali sekali gus mengundang reaksi peminat.
15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK
Imbas kembali kerjaya gemilang David Beckham selama dua dekad menerusi himpunan foto.