1 of 8

Sudah dihujani dengan ulasan positif, filem Aladdin dijangka laris di seluruh dunia. Bermula tayangannya di Malaysia semalam, versi live-action arahan pengarah popular Guy Ritchie pasti akan menjulang semula kredibiliti Ritchie yang pernah kecewa dek filem arahan terakhirnya yang gagal, King Arthur sekitar 2017.

Namun, bukan hanya pengarah, namun filem Aladdin dilihat bakal meningkatkan populariti pelakon utamanya, terutama sekali yang membawa watak Aladdin, iaitu aktor Mena Massoud. Menumpaskan hampir beratus aktor (termasuk Dev Patel) yang menguji bakat untuk watak ini, GL himpunkan beberapa fakta menarik tentang pelakon tampan ini.

1 of 8