KENALI SHIVA SHOBITHA KALAISELVAN, ANAK MALAYSIA BINTANGI SIRI TELEVISYEN POPULAR, GOTHAM

1 of 6

Work hard in silence, let success make the noise. Itu gambaran yang boleh penulis katakan pada wanita ini. Tindakannya tidak mencanang satu Malaysia mahu menghebohkan sebarang promosi semata-mata untuk mendapat populariti, kemunculan pelakon yang berpangkalan di New York, Shiva Shobitha Kalaiselvan dalam siri televisyen popular Amerika Syarikat, Gotham telah membuatkan Malaysia bangga dengan kejayaannya.

Dia telah memegang watak Lelia, seorang pemimpin kontinjen wanita League of Shadows, dan seorang yang sangat setia kepada ajarannya. Sosial media mula riuh dengan komen netizen apabila Shiva muncul membuat debutnya dalam episod A Dark Knight: One of My Three Soups pada Jumaat lalu.

GLAM Lelaki kongsikan beberapa fakta menarik mengenai pelakon cantik ini.

1 of 6

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.