PAVEL DUROV, PENGASAS TELEGRAM KACAK CURI TUMPUAN NETIZEN DUNIA

1 of 9

Sejak kebelakangan ini, nama Pavel Durov menjadi topik perbualan hangat dek aplikasi ciptaannya, iaitu Telegram diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Komunikasi dan Informasi, Indonesia Jumaat lepas. Jelas pihak tersebut, aplikasi Telegram seringkali digunakan oleh pihak pengganas untuk berkomunikasi secara rahsia. Khabarnya, pihak Indonesia menemui 17 ribu halaman Telegram yang membahaskan isu-isu yang meruncing, termasuk penyebaran radikal bebas, termasuk bagaimana untuk membuat bom.

Selain daripada aplikasi tersebut yang mencetuskan perdebatan hangat, secara tidak langsung pengasasnya, Pavel Durov turut menjadi perhatian namun atas sebab yang ternyata jauh berbeza. Muda, berjaya dan kacak, personaliti Pavel nyata menjadikan beliau antara manusia yang trending sejak beberapa hari ini. Ya, GL tidak ketinggalan untuk menyelidik dan ini dia 8 fakta menarik tentang dirinya.

1 of 9

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.