DEMAM FENOMENA ‘DABBING’, TARIAN ATAU AJUKAN?

Fenomena ‘dabbing’ atau ‘dab’ kini sudah melanda seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia. Trend mengangkat tangan kiri di atas sambil kepala ditunduk rapat ke bahu tangan kanan kian digilai termasuklah di laman-laman sosial di mana ramai yang mula membuat gaya tersebut sewaktu bergambar. Dari mana datangnya fenomena ini? Adakah ianya satu tarian yang simbolik akan sesuatu atau ada masej di sebaliknya?

Do_the_Dab

Berdasarkan laman web whatstrending.com, ‘dab’ atau ‘dabbing’ dipercayai bermula sekitar tahun 2002 dan ia tular sejak ia ‘dipersembahkan’ oleh Denvor Broncos, seorang atlet sewaktu Super Bowl 50 sekitar tahun lepas. Dan sejak itu, ramai yang mula meniru lagak tersebut. Dan dipercayai pergerakan ‘dabbing’ mula diperkenalkan dalam dunia tarian hip-hop dan RnB oleh artis dan penerbit Rich Tke Kid.

Jadi, kenapa ramai yang obses dengan gerakan ini? Ramai yang mempercayai ia sama seperti fenomena budaya tarian pop yang lain seperti Macarena, tarian Soulja Boy dan lain-lain yang gerakkanya dilihat cukup unik dan mudah dicontohi. Dan bagaimana pula dengan masej yang ingin disampaikan? Berdasarkan laman web tersebut, tiada mesej yang jelas cuma ia hanya sekadar gerakan suka-suka.

Bagi mendapatkan lebih maklumat, Glam Lelaki menghubungi Khenobu atau nama sebenar, Mohammad Faridh 23 tahun iaitu salah seorang penari bebas, koreografer dan merupakan salah seorang penari dalam kumpulan tarian hebat Malaysiaa, Giller Battle Crew bagi mendapatkan lebih informasi. Ikuti temubual ekslusif kami bersama penari cilik yang hebat ini.

f8588f94-664b-4ab7-a2df-bcff831f1646

GLAM LELAKI: Apa pendapat Khebobu mengenai gerakan ‘Dabbing’ yang kini menjadi tular di laman-laman sosial?

KHENOBU: Bagi saya, ia adalah trend tarian terkini. Sama juga sepertinya dengan pose ‘peace’ dan lain-lain, fungsinya sama. Hanya gerakan suka-suka. Ya, ia masih lagi baru dan memang seronok melakukannya terutama sekali buat para penari seperti kami. 

2a762bfe-9f86-430d-bf4a-f1022da35075

GLAM LELAKI: Adakah Khenobu mengetahui mengenai asal-usul tarian dan pergerakan ini?

KHENOBU: Saya percaya ia berasal dari Amerika dan ia berasal dari komuniti hip hop di sana. Saya tidak pasti originnya tetapi saya percaya ia berasal dari Amerika.

GLAM LELAKI: Adakah Khenobu pernah melakukan tarian tersebut dan bagaimana rasanya melakukan gerakan ikonik ini?

KHENOBU: Sudah pasti. Sebagai penari, I dab in every of my choreography, while I freestyle, whenever I pose for a picture. It’s kinda like a significant dance move. When the music hits, and you feel the beat, you hit the beat, you dab!

1a3627e7-7979-419e-84b5-453cfada78da

Oleh Wan Mohd Firdaus, 29 Januari 2017

 

Tags: , , , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.