DETERMINASI FIT DANIAL JOHAN

Melihat akan fizikalnya, terbukti usaha kerasnya berjaya. Walau pernah melalui jatuh bangun dalam memiliki tubuh idaman, namun pandangannya terus menuju ke hadapan. Dengan rupa boleh dikomersialkan, Danial Johan antara ‘abang sador’ yang memiliki aura maskulin tersendiri. GLAM Lelaki berkesempatan untuk menemubual dan menjalankan sesi pengambaran bersamanya. Jom ikuti temubual kami bersamanya.

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?

DANIAL JOHAN: Terima kasih kepada pihak GL dan penulis kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama saya Danial Johan, berumur 26 tahun dan masih bujang. Saya seorang yang mudah ramah dengan semua orang, malah tidak pernah memilih kawan. Saya juga seorang kaki business, dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan. Yang pasti, tiada yang mustahil pada saya kalau kita berusaha.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia kecergasan?

DANIAL JOHAN: Pada saya, mengamalkan gaya hidup sihat adalah amat penting dan melibatkan dalam dunia kecergasan adalah salah satu antaranya. Apatah lagi tubuh saya ini mudah sakit jika kurang aktif atau tidak berbuat apa-apa. Pernah juga menghidapi asma yang teruk dahulu. Atas sebab itu, saya memilih untuk kekal aktif di gim kerana bagi saya, kesihatan amat penting. Satu kerja pun tidak akan berjalan jika kita sakit.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?

DANIAL JOHAN: Dahulu tubuh memang saya kurus. Kurus yang bukan biasa-biasa, sampai pernah diejek dan diherdik. Bermula dari situ, saya cuba untuk membuat badan dengan mengangkat bebanan dengan menaikkan otot. Awal dahulu, saya akuinya ia sangat susah kerana masih baru dama dunia gim. Pernah juga putus asa tetapi saya tetap teruskan untuk mendapatkan result yang saya inginkan. Setelah 2 tahun, alhamdulillah ia menjadi hobi dan kenal hingga ke kini. Jika berkelapangan, pastikan akan saya ke gim.

GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian anda?

DANIAL JOHAN: Dalam seminggu saya akan bersenam 5 kali. Rasanya rutin saya sama jua seperti yang lain. Setiap hari akan fokus pada tubuh tertentu. Konsisten dan determinasi, itu yang penting.

GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan?

DANIAL JOHAN: Idola saya mestilah Sazli Samad.

GLAM Lelaki: Apa yang anda ingin buktikan apabila anda mulai membuat badan dan terlibat dalam dunia kecergasan?

DANIAL JOHAN: Tidak pernah terlintas pun untuk membuktikan apa-apa. Join gim hanya untuk maintain fitness dan kesihatan, tanpa sedar sampai satu tahap saya berjaya memenangi sebuah pertandingan bina badan. Walaupun masih baru dan jauh jika dibandingkan dengan idola-idola di luar sana, yang penting saya telah beranikan diri. Pendek kata, saya hanya menjadi diri sendiri, untuk jadi contoh kepada mereka yang baru nak berjinak dalam dunia kecergasan.

GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?

DANIAL JOHAN: Sudah pasti saya ingin memenangi lebih banyak pertandingan. Saya juga mengharapkan tubuh badan saya kekal sihat dan berstamina.

GLAM Lelaki: Kenangan pahit manis dalam dunia kecergasan ini?

DANIAL JOHAN: Diet air. Ya, itulah kenangan yang tidak boleh saya lupakan. Badan saya pernah tidak cukup air kerana terlalu obses  untuk badan yang nampak kering, sehingga memberi kesan pada kulit dan kesihatan. Bukan itu saja, saya juga susah nak bangun walaupun nak dekat dengan tarikh competition. Namun saya belajar dari keadaan tersebut untuk sentiasa berhati-hati terutama sekali bab air di dalam badan. Jangan terlampau fanatik inginkan tubuh yang kekar sehingga kesihatan diabaikan.

GLAM Lelaki: Pencapaian dalam bidang kecergasan?

DANIAL JOHAN: Saya pernah memenangi tempat pertama dalam sebuah pertandingan bina badan iaitu Mr.Beautiful Ternggnu.

GLAM Lelaki: Nasihat buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?

DANIAL JOHAN: Nasihat saya bagi mereka yang baru berjinak-jinak ke arah dunia gim agar sentiasa rajin dan jangan sesekali putus asa. Makan perlu cukup, protin perlu ada. Dan yang paling penting, masa. Bermain gim ini, seseorang itu mentalnya perlu kuat barulah boleh untuk memiliki tubuh sihat dan kuat.  One more thing, jangan malu bertanya ya!

Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram: @miesaiphotography | Pakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy | Gim: @xclusivefitnesz Seksyen 13 Shah Alam

# Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Kapsul GL Zero2Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.

Tags: , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.