Skip to content

KEBAIKAN SENAMAN ‘BATTLING ROPING’

Kongsikan artikel ini

Melakukan senaman sambil mengunakan tali pertempuran atau ‘battling rope’ sememangnya digalakan. Kenapa? Sebagai salah satu rutin senaman berintensiti tinggi atau HIIT, idea asas kepada senaman jenis  melibatkan gerakan berselang yang pantas dan berubah-ubah, dengan tempoh rehat yang kurang. Malah, kajian menunjukkan bahawa HIIT meningkatkan keupayaan aerobik dan anaerobik, tahap testosteron, dan metabolisme anda sebaik saja selesai bersenam. Selain dari burpee, kattleball dan swings, senaman menggunakan battling rope juga boleh dilaksanakan kerana ia memberikan beberapa kebaikan tersendiri. Antaranya:

1. SENAMAN YANG PANTAS

Sekiranya anda mengemari rutin senaman yang berkesan dan pantas, malah membuatkan anda berpeluh dengan cepat, rutin ini didapati sangat sesuai dengan anda. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk beradaptasi dengan tali tersebut malah ia sangat mudah dan pantas untuk digunakan.

2. BAKAR LEMAK DENGAN PANTAS

Jika anda seorang penggemar latihan berintensiti tinggi menggunakan battling rope, anda pasti  dapat membakar satu tan kalori, bersamaan dalam lingkungan 300-500 kalori setiap setengah jam! Malahan kesan selepas pembakaran atau EPOC effect selepas senaman akan menjadikan tubuh badan anda beroperasi dalam membakar kalori tambahan apabila anda tidur pada waktu malam serta keesokkan harinya sewaktu anda di pejabat.

3. BINA OTOT

Dengan menggunakan battle ropes, you can kill two birds with one rope. Maksudnya, rutin senaman ini bukan semata menawarkan kebaikan dalam pembinaan otot di bahu, bisep dan teras, namun anda juga akan dapat membakar lemak dengan cepat di bahagian-bahagian tersebut! Hebat bukan?

4. TAKE IT OUTSIDE

Sekiranya anda sudah jemu bersenam di dalam gim atau indoor workout, malah anda ingin bersenam sambil menghirup udara segar dan menyamankan, penggunaan tali pertempuran ini sememangnya fleksibel dan sesuai buat anda. Anda boleh memasang tali tersebut di luar rumah, di taman, di padang permainan mahupun di pantai. Mudah sekali!

5. VARIASI OTOT BEKERJA DALAM SATU-SATU MASA

Dengan menggunakan battle ropes, anda boleh menukar rutin dan fokuskan dari kaki dan bahu, hinggalah ke area bisep dan otot perut. That’s four different muscle groups in one set. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tali tersebut untuk membuat squats mahupun lunges dan pada masa yang menguasai bahagian atas badan anda.

#Selain itu, penggunaan pakaian yang bersesuaian juga turut membantu dalam melancarkan pergerakan sewaktu rutin tersebut. Cadangan kami, gunakan pakaian sukan oleh Everlast (@everlastmyyang ternyata berkesan dalam memberikan impak tambahan ketika senaman. 

Sumber: muscleropes.com

Teks dan gambar oleh Wan Mohd Firdaus, 14 April 2017

Model: Afiq Rosden

Tajaan lokasi gim: Xclusive Fitnesz, Seksyen 13 Shah Alam (Instagram @xclusivefitnesz)

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL

Bacaan Lanjut

CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut
pencuci muka lelaki

5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut

NAK KULIT MULUS? CUBA 5 TONER TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK INI

Bacaan Lanjut