Penjual Teh Paling Kacak Di Pakistan

Kecoh baru-baru ini apabila foto seorang penjual dan penghidang teh yang dikenali sebagai chaiwala di Pakistan menjadi viral. Tidak hairanlah mengapa dia sekelip mata menjadi tumpuan, wajah kacak jejaka bermata biru itu telah mengelilingi dunia di alam maya dan menjadi sensasi.

Javeriah Ali, seorang graduan media dan kini jurufoto memuatnaik foto Arshad ketika sedang berniaga di pasar minggu pada 14 Oktober lalu. Ia hanyalah post kehidupan seharian yang sering dimuat naik olehnya tanpa menyedari ia telah mendapat perhatian yang luar biasa.

#chaiwala Ladies I found him!

A photo posted by Jiah Ali (Javeriah) (@jiah_ali) on

Hanya beberapa hari selepas fotonya menjadi viral, Arshad Khan, 18 telah dilamar oleh sebuah syarikat pengeluar pakaian untuk mengambilnya sebagai model. Dan sepantas beberapa hari selepas itu, wajahnya sudah terpampang sebagai model dalam iklan syarikat itu.

Dalam sebuah temuramah, Arshad yang tidak memiliki atau tahu akan media sosial Instagram dan Twitter faham akan popularitinya yang mencanak sejak gambarnya tersebar serata dunia. Katanya ramai teman-teman yang datang menunjukkan wajahnya yang muncul di media.

Arshad yang tinggal di Islamabad bersama keluarganya kini sering mendapat jemputan ke temubual TV dan media cetak. Terbaru rancangan talkshow Good Morning Pakistan menjemputnya dan telah membuat sesi grooming serta makeover dan hasilnya…

pakistan kacak

pakistan kacak

pakistan kacak

pakistan kacak

pakistan kacak

Dan apabila Arshad menyarungkan busana tradisional Pakistan… lebih terserlah sisi kacaknya bak bintang Bollywood!

pakistan kacak

Foto: Facebook Good Morning Pakistan

Tags: , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.