GLAM Lelaki x Petronas Orchid Run & Ride 2016
Gaya hidup cergas sudah sinonim dengan lelaki alfa masa kini. Acara Petronas Orchid Run & Ride 2016 menjanji momen sihat dan seronok sambil melakukan amal kebajikan untuk mereka yang memerlukannya.

Tercari-cari aktiviti cergas menjelang September ini?
GLAM Lelaki menjadi antara majalah penaja rasmi untuk acara Orchid Run & Ride 2016 anjuran bersama Petronas, demi mengumpul dana untuk Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia (NASOM), National Intra Ocular Lens Bank Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pediatric Congenital Heart Centre, Institut Jantung Negara.
Hanya RM75 yuran kemasukan untuk Kategori A (larian 12km, untuk usia 16 tahun ke atas) dan RM50 untuk Kategori B (larian 5km, usia 7 tahun ke atas ATAU berbasikal 5km, usia 12 tahun ke atas). Setiap peserta akan mendapat kemeja T larian, bib, buku cenderahati, finisher medal, goodie bag dan pelbagai lagi cenderamata penyertaan daripada penganjur.
Acara gilang-gemilang ini akan berlangsung 25 September 2016 (Ahad) di Plaza, Persiaran KLCC.
Berminat? Klik di sini untuk mendaftar juga untuk info lanjut. Tarikh tutup penyertaan ialah 1 September 2016.
Ayuh! Sama-sama kita bersukan sambil menyumbang dana kepada badan-badan kebajikan. Let’s make it a healthy September!
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI
Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini
HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.
DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN
Daniel Bogers mengubah haluan kerjayanya sebagai pengulas dan hos sukan, sambil menyalurkan minatnya dalam dunia kecergasan.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.











