VIVO LANCARKAN Vivo NEX DENGAN KAMERA SELFIE YANG BOLEH DISEMBUNYIKAN
Baru-baru ini, Vivo telah melancarkan telefon pintar terbaru, Vivo NEX hadir dengan skrin 6.59-inci dengan resolusi HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Dengan bateri berkapasiti 4000mAh, telefon pintar pasti menjadi idaman semua!

Yang menariknya, bahagian kamera hadapan dengan sensor 8-megapixel yang boleh disembunyikan, selain dwi-kamera belakang 12MP + 5MP. Kamera selfie yang melalui ujian berat dan ketahanan maksimum 50kg menawarkan gambar selfie yang nyata terbaik dan jelas. Selain kamera, untuk bunyi pendengaran panggilan, Vivo mengaplikasikan Screen Soundcasting Technology, dan turut menawarkan beberapa sensor di sebalik skrin berkenaan. Langkah ini dilakukan dalam usaha untuk hadir dengan rekaan peranti nirbingkai – dan tidak menggunakan takuk seperti pelbagai peranti lain di pasaran.


Vivo NEX juga turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin memicu fungsi keselamatan terbaik khas untuk anda. Vivo NEX ditawarkan pada harga RM2799, dan akan mula dijual bermula 28 Julai 2018.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Julai 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.










