PILIHAN EDITOR: BVLGARI MAN WOOD ESSENCE
Hubungan lelaki dengan alam semulajadi dan hutan konkrit yang dihuninya menjadi ilham di sebalik karya olfaktori yang segar ini
Mencari wangian istimewa sempena musim perayaan yang bakal tiba? Dengan taruhan ramuan-ramuan semula jadi yang mewakili simbiosis antara nature dan bandar moden, Bvlgari Man Wood Essence menjadi antara wangian paling menyerlah tahun ini.
What does it smell like? Harumannya amat natural. Sungguhpun hadir sebagai EDP, ia tidak terlampau pekat. Aroma kekayuannya jelas dengan sentuhan sitrus yang dapat dirasai di permukaan wangian. Memetik kata perekanya, Alberto Morillas, “(Haruman ini) maskulin tapi bukan macho. Maskuliniti di sini lebih natural, berpendidikan, punya daya tarikan, dan intriguing.” Dalam erti kata lain, haruman ini amat kontemporari dan urban.
Secara peribadi, apa yang saya hargai pada Bvlgari Man Wood Essence ialah ia cukup segar untuk dipakai di siang hari, tapi aspek kekayuannya pula membolehkan ia dipadankan dengan persalinan di waktu malam. Kasual dan, pada masa yang sama, formal. Kerana baunya amat semula jadi. Seolah harmoni dengan bau natural kulit kita.
Didukukung kempen yang bertemakan #CitizenOfNature, Bvlgari Man Wood Essence mengajak lelaki untuk ‘reconnect’ dengan persekitarannya. Bak kata Nick Bateman, wajah kempen ini, “Wangian ini untuk lelaki yang boleh mengenalpasti apa ‘nature’ atau alamnya. Jadi, untuk seseorang yang biasa hidup di bandar, maka bandarayalah ‘alam’-nya. Untuk yang selesa duduk di luar bandar, maka itulah ‘alam’-nya.”
Bagi yang kurang mengenalinya, Nick Bateman pernah menjadi wajah kempen Abercrombie & Fitch, di mana rupa parasnya – yang dirakamkan oleh lensa Bruce Weber – pernah menghiasi beg kertas A&F selama dua setengah tahun. Antara kempen lain dalam portfolionya termasuk Calvin Klein, Jockey, Guess, juga editorial fesyen untuk L’Officiel Homme, Cosmopolitan dan majalah Rogue.
Berketinggian 6’ 4”, Nick Bateman yang berasal dari Kanada sebenarnya mula menempa nama sebagai atlet seni mempertahankan diri dan merupakan pemegang empat gelaran dunia daripada Liga Black Belt Kebangsaan Amerika Syarikat. Pernah memiliki sekolah karatenya sendiri, selain bergelar model dan aktor, Bateman yang berusia 31 tahun kini gigih membina jenama dirinya selaku seorang influencer, ekoran jumlah pengikut Instagram yang sudah mencecah lebih 6 juta. (Mengalahkan bilangan pengikut model-model ternama seperti David Gandy, Jon Kortajarena dan Lucky Blue Smith!). Skil handal Bateman bermain dengan bo staff, senjata pilihannya, antara post paling popular di akaun IG @nick__bateman.
“Seperkara lagi, biasanya kita punya wangian berbeza untuk siang dan malam, atau untuk ke kota berbanding beriadah ke desa atau outdoors. Saya fikir Bvlgari telah berjaya mencari satu keseimbangan antara itu semua. It hits the perfect middle ground. Jika anda memakainya di dalam hutan, baunya tidak membayangkan diri kamu dalam sepasang sut yang segak. Begitu juga sebaliknya, jika memakainya di bandar, tak terbayang diri kamu berada di dusun atau di desa. Kerana Bvlgari Man Wood Essence cukup natural dan versatil. I can wear this any time, any where.”
Bvlgari Man Wood Essence
Nota atas: Sitrus Itali, daun ketumbar
Nota tengah: Kayu Cypress, vetiver Haiti
Nota dasar: Kayu Cedar, resin dan nota-nota akuatik
Bvlgari Man Wood Essence EDP, 60ml RM291.50 & 100ml RM391.50
oleh Abdul Aziz Draim
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.
5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR
Sesiapa yang pernah mengalami masalah kelemumur degil sering tertanya-tanya cara untuk mengatasinya, GLAM Lelaki menyenaraikan 5 langkah untuk merawat masalah kelemumur.
10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguji setiap wangian secara langsung? GLAM Lelaki membariskan 10 pilihan terbaik untuk wangian lelaki pada tahun 2023.
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023
Pengembaraan wangian Montblanc diteruskan dengan Explorer Platinum terbaharu yang menjadi pemangkin kepada semangat eksplorasi buat hero Alphamen 2023.