KUASA WANITA DAN RAHSIA ‘AVENGERS’ DALAM CAPTAIN MARVEL
Agak jarang sekali wanita diangkat sebagai ‘hero’ dalam sesebuah filem. Jika ada, berapa kerat saja bukan? Dan buat pertama kalinya, filem Captain Marvel adalah filem adiwira pertama MARVEL yang mengetengahkan wanita sebagai tunjang utama, cuma persoalannya mampukah filem ini menawan peminat-peminat lagak superhero khususnya MARVEL. Ya, ini adalah risiko yang perlu diambil pihak produksi.
Apatah lagi populariti bekas Pelakon Wanita Terbaik anugerah Oscar pada tahun 2016 ini masih belum kuat terutama sekali di Malaysia. Ramai masih tertanya adakah Brie Larson, calon yang sesuai memegang watak Captain Marvel atau Carol Danver. Manakan tidak, ini merupakan filem aksi pertama beliau dan ramai menjangkakan Brie untuk unggul dan hebat menerusi watak superhero ini. Namun apa yang menariknya tentang Captain Marvel ini berbanding adiwira wanita lain contohnya, Black Widow adalah unsur humor, sedikit ‘gila-gila’ dan selamba yang ditonjolkan.
Bercakap mengenai jalan cerita, jujur penulis nyatakan agar anda usah mengharapkan aksi yang gempak dan berat seperti filem-filem MARVEL lain. Senang cerita, filem Captain Marvel lebih menumpukan kepada kewujudan Carol Danver dan bagaimana dia ‘mendapat’ kuasa adiwira serta kebangkitan seorang wanita dalam menghadapi kegagalan demi kegagalan. Yang pasti, tema ‘women empowerment’ nyata jelas menerusi filem ini. Filem ini bermula apabila Carol lakonan Brie Larson tersedar di planet yang ditadbir oleh Bangsa Kree, menyaksikan sendiri bagaimana Carol sendiri berkhidmat sebagai Starforce untuk misi-misi menyelamatkan dari puak Skrull yang merupakan ‘shape-shifters’.
Selain itu, antara yang menarik adalah babak-babal awal origin penubuhan dan nama The Avengers serta bagaimana mata Fury boleh tercedera. Anda boleh saksikan kelibat dan telatah Agen Nick Fury dan Agen Phil Coulson sewaktu muda dan pertama kali bergandingan di awal karier mereka. Boleh dikatakan antara highlight menarik Captain Marvel. Aksi Goose The Cat juga sangat menarik perhatian!
Apa-apa pun, Captain Marvel masih seronok untuk dilayan dan tak rugi menontonnya. Apatah lagi, Captain Marvel dikatakan akan muncul dalam filem Avenger: Endgame nanti. Benar atau tidak, jawapannya hanya ada dalam filem ini. Filem Captain Marvel sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Go watch it guys!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025
Filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2025 semestinya memberi pelbagai emosi yang naik turun buat pencinta filem.
7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU
Filem Mission Impossible The Final Reckoning sarat aksi ekstrem dan rahsia. Ini fakta tersembunyi yang mungkin anda terlepas pandang.
DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK
Nama Dhan Illiani menjadi satu nama yang cukup dikenali dalam kalangan anak seni. Topik unik di dalam karya-karyanya menarik perhatian ramai.
ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
5 PAMERAN SENI SEKITAR LEMBAH KLANG BULAN APRIL INI, KAKI SENI WAJIB PERGI!
Terokai pameran seni terbaik April ini di Lembah Klang! Galeri menarik dan seni meluas menanti pencinta seni dari semua lapisan masyarakat.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.