ROLEX VINTAJ MILIK JAMES BOND DIJANGKA DIBIDA DENGAN HARGA LEBIH RM1.17 JUTA
James Bond adalah antara watak perisik kegemaran ramai. Setelah berabad lamanya dengan aktor bersilih ganti, filem James Bond sentiasa mendapat sambutan hangat. Kini dibawa oleh pelakon British Daniel Craig, pelakon lagenda Sean Connery adalah pelakon pertama yang memegang watak ikonik tersebut. Selain dari aksi dan karisma beliau, jam tangan yang disarung Sean sepanjang filem tersebut juga turut mendapat perhatian.
https://www.instagram.com/p/BzQ-Xd8IjA2/?utm_source=ig_embed
Jam tangan berjenama Rolex memang terkenal dengan spesifikasi dan harganya yang mahal, malah ada yang mencecah jutaan ringgit. Model siri Rolex Submariner 6538, dihasilkan pada tahun 1958 kini nilainya dikatakan telah mencecah sehingga $280,000 (RM1.17 juta) mengikut anggaran.

Walaupun jam tangan tersebut tidak semoden jam tangan masa kini, namun ia tetap menjadi dambaan peminat jam seluruh dunia. Berita baiknya, jam tangan khabarnya telah mula dilelong dan dibida. Jika anda berminat untuk memiliki jam tangan eksklusif ini, anda boleh ke laman web ini untuk membidanya. Good luck!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.











