KING LIVING BUKA RUANG PAMER DAN JUAL KEDUA DI BANGSAR
Jenama King Living telah berada di pasaran Malaysia selama dua tahun lamanya. Walau kehadirannya masih baru, namun King Living terkenal dek menawarkan rekaan perabot ringkas tetapi penuh fungsi dan inovasi yang menjadi kekuatan jenama perabot berasal dari Australia ini. Dan baru-baru ini, King Living telah melancarkan ruang pamer dan jualan kedua di Bangsar. Ruang pamer pertama King Living terletak di IPC Damansara.


Selepas mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia, King Living tanpa ragu melangkah yakin menerusi pembukaan ruang pamer dan jual kedua di Jalan Maarof, Bangsar. Bangunan tiga aras ini mempamerkan rangkaian sistem sofa, meja kopi, bangku, meja makan, perabot landskap luar di aras bawah dan pertama, dan di aras kedua menempatkan ajnas reka bentuk dan inovasi kamar beradu seperti katil, unit storan dan tilam.

“Ini adalah lebih dari sekadar ruang pamer yang mana menawarkan pengalaman untuk pengguna yang tidak berkompromi mengenai gaya, fleksibiliti, ketahanan dan keselesaan abadi di kediaman,” beritahu pengasas King Living, David King yang terbang dari Sydney, Australia untuk turut serta dalam acara perasmian ruang pamer ini.

Untuk informasi lebih lanjut tentang King Living dan perabot yang ditawarkan, layari www.kingliving.com.my. Kunjungi ruang pamer dan jual King Living di Level 1, IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya di 603-7732 0272 Bangsar atau King Living Flagship Showroom, No: 61, Jalan Maarof, Taman Bangsar, 59000, Kuala Lumpur di talian +603-2633 7600.
Teks: Nadia Zolfikli / Olahan: Wan Mohd Firdaus
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











