BINA OTOT DAN BAKAR LEMAK SERENTAK DENGAN EMSCULPT® YANG PERTAMA DI MALAYSIA
Buat seorang lelaki, definasi tubuh idaman mungkin subjektif namun yang pasti ramai inginkan teras badan (atau core) yang kuat bukan sekadar mempunyai perut ‘six packs’ yang menawan. Malangnya dek tekanan kerjaya, gaya hidup yang sibuk dan usia yang semakin lanjut, ramai di antara kita mungkin tidak dapat menepati jadual senaman fizikal yang teratur dan cukup sering; justeru itu tidak dapat membina otot-otot teras yang lebih kuat.

FAHAMI TERAS BADAN ANDA
Semakin lanjut usia badan kita, makinlah otot kita tidak dapat bertindak balas terhadap latihan fizikal; dan ini boleh menjejaskan emosi dan keyakinan diri di mana kita gagal mengekalkan rupa paras yang diingini, atau gagal mengekalkan tahap kesihatan optimum. Teras badan kita pada dasarnya merupakan pusat kuasa badan kita; ia adalah di mana organ dalaman dan sistem saraf pusat ditempatkan. Teras yang kuat memberikan manfaat kepada kesejahteraan keseluruhan kita termasuklah postur yang baik, pencegahan sakit belakang dan sendi, serta peningkatan fungsi keseluruhan badan dan kualiti hidup.

BAKAR LEMAK & BINA OTOT MENERUSI SATU RAWATAN SAHAJA!
Jikalau menghadapi keadaan sebegini, sistem kontur badan seperti BTL EmSculpt® dapat membantu membina kekuatan dan definisi otot. Emsculpt® yang dibawakan oleh The Retreat Clinic merupakan teknologi yang diluluskan oleh FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan, Amerika Syarikat) yang membina otot dan membakar lemak secara serentak, melalui tenaga intensif tertumpu tinggi elektromagnetik (High-intensity Focused Electromagnetic atau HIFEM) yang melakukan kontraksi otot supramaximal.

“Satu sesi EmSculpt® selama 30 minit boleh melakukan kira-kira 20,000 kontraksi otot – jauh lebih daripada mungkin kita mencapai hanya dengan melakukan ‘sit-up’ sendiri”, jelas Dr Ong Jin Khang, doktor dan perunding estetika dari the Retreat Clinic. Adakah ia menyakitkan? Ya itulah persoalan yang sering diajukan mengenai rawatan ini? Jelas Dr. Ong lagi, “Semestinya tidak! Ya, di awalnya anda mungkin merasakan sedikit ketidakselesaan, namun it tidak lama. Ia tidak menyakitkan, dan anda hanya akan merasai seperti ‘tepukan’ di perut anda”.

Jelas Dr Ong lagi, “Tanpa melakukan sebarang senaman, EmSculpt® dapat membaiki dan menguatkan teras badan kita melalui pendekatan medikal. Selain itu, sementara rawatan serupa yang lain menyasarkan penyingkiran lemak, EmSculpt® merupakan satu-satunya peranti di pasaran yang berkebolehan dalam kedua-dua penyingkiran lemak serta pembinaan otot secara serentak”.

EmSculpt® juga dapat memperbaiki diastasis recti, iaitu pemisahan otot perut terutamanya di kalangan wanita – dengan kemajuan yang boleh dilihat selepas hanya empat sesi. Faedah lain juga termasuk membantu pesakit yang lebih berat memulakan perjalanan penurunan berat badan mereka, dan juga membantu sesiapa mencapai bentuk badan yang diingini.

Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan rejimen senaman yang teratur, EmSculpt® pasti dapat memajukan lagi tubuh mereka ke tahap kekuatan dan kecergasan yang lebih tinggi. Kunjungi The Retreat Clinic yang terletak di Setia Alam, Seksyen U13, atau hubungi +6011-3302 8232 untuk menempah sesi EmSculpt® anda sekarang! Layari laman web https://theretreatclinic.com/ atau ikuti laman sosial Instagram @retreatclinic atau FB TheRetreatClinic.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.











