JOHN LEGEND ADALAH LELAKI PALING SEKSI UNTUK 2019 DAN INI SEBAB-SEBABNYA…
Benarlah apa yang dikata, seksi pada seorang lelaki bukan sekadar memiliki raut wajah menawan namun ia subjektif dan lebih kepada keterampilan, indualiviti dan personaliti. Saban tahun, majalah PEOPLE akan menobatkan seorang individu untuk dinobatkan Lelaki Paling Seksi, dan sekiranya tahun lepas Idris Elba mengungguli, dan kali ini John Legend pula dipilih untuk mendapat gelaran eksklusif itu.

JESUS CHRIST SUPERSTAR LIVE IN CONCERT — Season: 2018 — Pictured: John Legend as Jesus Christ — (Photo by: James Dimmock/NBC)
Pemilihan John Legend nyata mengejutkan namun cukup bersesuaian dengan dirinya. Berbakat, tampan dan mempunyai auranya yang tersendiri, John Legend juga unggul dalam bidang yang diceburi. Pernah memenangi enugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony, John Legend is unstoppable!

Foto: DOUG INGLISH
Selepas memenangi anugerah Grammynya yang pertama pada tahun 2006 dengan albumnya Get Lifted, bintang ini menggunakan kelunakkan suaranya ke arah kebaikan, apatah lagi dirinya juga turut menonjol sebagai seorang suami yang romantik dan dikasihi. Berkahwin dengan supermodel, Chrissy Teigen dan juga ayah kepada seorang anak perempuan, Luna yang berumur 3 tahun, anak lelaki Miles yang baru saja berusia 18 bulan, John Legend kekal kekal sebagai salah seorang bintang paling menyerlah di Hollywood, dan bakal menjadi lagenda tidak lama lagi.

Keluarga bahagia John Legend (Foto: Instagram @chrissyteigen)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.











